Thursday, December 17, 2009

selamat tahun baru hijrah 1431.

tahun 2009 yang penuh redup...

ukhuwwah selamanya...

hijrahlah walaupun dengan motor:)



assalamualaikum...

selamat menyambut tahun baru hijrah yang ke 1431.

semoga tahun yang berlalu menjadikan seribu satu kenangan terindah kepada kita untuk dijadikan teladan bagi menghadapi tahun yang bakal kita hadapi ini.

kita selaku hamba Allah, perlu kita insafi kehadiran kita kedunia ini.
perlu kita fikir sejenak tentang persoalan ini...

1) kenapa kita dihidupkan Allah didunia ini?
2) untuk apa kita hidup?
3) kemana kita selpas hidup?

dan cuba kita renungkan empat alam yang kita lalui dan akan lalui,

1) alam rohani
2) alam dunia
3) alam kubur
4) alam akhirat

oleh itu sama-samalah kita muhasabahkan diri kita untuk menjadi hamba yang lebih baik...

siiru ala barakatillah...

Saturday, December 12, 2009

selamat kembali


(Bersama keluarga angkat)


assalamualaikum.

alhamdulillah, setelah lama tidak mengupdate blog, baru kali ini Allah memberi peluang untuk saya update blog saya.

lama-lama tak update ni rasa kekok pula. biasalah, saya ni bukannya pandai nak buat karangan yang panjanng-panjang dan ayat-ayat yang power seperti rakan-rakan blogger yang lain. Walauapapun saya akan cuba buat yang terbaik.

alhamdulillah, dikesempatan cuti saya baru-baru ini, saya berpeluang untuk bersama dengan rakan-rakan saya yang lain dalam satu program PBSM (program bakti siswa mesir) yang dibuat di kampung bakong, gunong, bachok,kelantan. Alhamdulillah, program ini berjaya dibuat dengan jayanya yang mana program ini telah dirasmi oleh menteri besar kelantan Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

sepanjang program ini, banyak pengalaman yang dapat saya kutip, antaranya ukhuwwah diantara kami pelajar-palajar yang pulang bercuti, semangat berkerjasama, hidup dlam bermasyarakat,bagaimana nak mengendalikan program besar dan yang paling penting saya sangat gembira kerana dapat hidup dalam keluarga yang bahagia.

saya dan ustaz yusri telah ditaklifkan untuk jadi anak angkat kepada poksu daud moksu ani dari kampung redang, bersebelahan dengan kg bakong. kami berbahasakan mak dan ayah angkat kami dengan panggilan mereka dirumah iaitu ayoh dan mek. alhamdulillah. saya cukup terharu kerana mek dan ayoh menyambut kehadiran saya dan ustaz yusri dengan penuh gembira. bagi saya yang sudah tidak mempunyai mak dan ayah, saya cukup gembira. walaupun saya jarang berada dirumah mek dan ayoh, tapi kemanisan berukhuwwah itu dapat saya rasai. saya duk di rumah mek selama 4hari 3malam.sebarang bentuk program kami di buat di masjid kg bakong. saya ditaklifkan sebagai ajk perhubungan, begitu sibuk dengan tugasan sebagai ajk perhubungan, ke hulu dan ke hilir dengan kereta pronton iswara putih ayah qazreen mencari barang-barang keperluan program.

Saya perkenalkan keluarga angkat saya kepada sahabat-sahabat semua. mek (rohani) berasal dari kg besut terengganu dan ayah (daud) berasal di kg redang,kelantan. mereka dikurniakan lima orang anak, tiga lelaki dan dua perempuan. anak yang sulong saya pangil kak za, skrg tinggal di nilai dan mempunyai dua orang anak. yang kedua saya panggil abe awi. baru berkahwin dan bekerja dengan ayah. kire jadi pembantu ayah sepenuh masa. yang ketiga saya panggil abe ise, dia kerja di kuantan.tak kawin lagi. yang ke empat saya panggil mat. duk kerja dengan ayah juga. pembantu sepenuhmasa ayah. dan yang bongsu saya panggil adik. nama dia atikah. baru habis spm. yang dalam gambar tu hanya ayah, mek, mad dan adik sahaja yang ada. yang lain tak ade dalam gambar.hehehe cukup disinilah tentang keluarga angkat saya. saya sambung tentang program PBSM.

hari pertama program, pagi-pagi lagi saya kesana.selepas solat subuh saya bertolak dari rumah saya ke kg bakong dalam 20 minit perjalanan dari rumah saya ke kg bakong. alhamdulillah, saya sempat dengan acara yang pertama iaitu acara gotong royong penyembelihan kerbau dan melapah kerbau untuk jamuan perasmian PBSM. selepas itu pengrah program call saya suapaya ke pekan jelawat untuk mengambil sedikit barang keperluan program. selepas itu saya bergegas ke KIAS nilam puri untuk menjemput peserta perempuan untuk ke program. bila sampai terus saya di minta ke kota bharu untuk mengambil barang. bila sampai di kg bakong perasmian sedang berlangsung. dan MB sedang memberi ucapan perasmian. sepatutnya saya memakai pakaian yang telah ditetapkan iaitu baju batik dan berseluar slack gelap dan berkasut. tapi saya tak sempat mengenakan semua itu. saya hanya memakai baju t-shirt,seluar trek dan selipar jepun yang saya pakai untuk gotong-royong melapah kerbau pada sebelah pagi. hehehe cukup mengaibkan.nak buat camne, dah tak sempat nak tukar. nasib baik duk jauh-jauh, kalau tak, rosak protokol. takpe yang penting dapat mendengar amanat MB.

selepas perasmian ada sesi temuramah antara tokguru MB dengan astro awani dan wartawan-wartawan berita yang ingin temuramah tok guru MB tentang EGM. rosak prancangan kami. temuramah tu mengambil masa selama 15minit.tergemdala sebentar atucara kami dengan temuramah wartawan-wartawan itu.

selepas itu, pembahagian anak angkat dibuat.dan selepas pembahagian anak angkat umumkan, maka kami bereda mengikut keluarga angkat ke rumah masing-masing. ade yang dekat danade yang jauh, yang paling jauh adalah saya dan us yusri. alhamdulillah kami sembang bersama-sama keluarga. saling ta'ruf kenal mengenali diantara kami. pada sebelah malam kami ada program forum perdana. selesai forom kami kembali kerumah keluarga angkat masing2.

keesokkan hari, aktiviti yang kami lakukan adalah bertahajjud bersama di masjid dan selepas solat subuh kami dihidangkan dengan tazkirah subuh dikalangan kami anak-anak angkat. dalam kul 8 pagi, bagi yang lelaki kami ade gotong royong membersihkan tanah perkuburan dan bagi yang perempuan pula ada program forum muslimat yang dikendalikan oleh YB mumtaz nawi dan YB ubaidah exco kerajaan negeri kelantan.

sebelah petang saya bersama dengan peserta perempuan melakukan ziarah kerumah ibu tunggal dan keluarga yang daif. sungguh tersentuh hati saya bila rumah yang pertama kami sampai adalah rumah ibu tunggal yang hidup bersama dengan tujuh orang anak yang masih kecil. selepas itu kami kerumah yang kedua yang mana keluarga ini mempunyai seramai lima anak yang cacat. bagaimana pengorbanan seorang ibu membesarkan lima orang anak yang cacat dengan penuh ketabahan. beliau yang tidak bekerja dan mempunyai suami yang juga ada masalah kesihatan.beliau hanya menanam sayur untuk menjalani kehidupan harian. selepas itu kami ke rumah keluarga yang seorang ibu strok.hidup hanya bergantung kepada oksigen. alhamdulillah, hasil dari ziarah ini saya sedar bertapa ujian Allah kepada hambaNya berbeza-beza. tujuan ujian Allah ini adalah untuk menguji tahap keimanan dan ketabahan hamba Nya menerima ujian dari Allah swt.

sebelah malam pula diadakan kan forum perdana yang di sampaikan oleh dr johari mat, dr shukri mohammat dan us asri mat daud.

untuk hari ketiga sebelah pagi kami bersama-sama orang kampung dalam acara sukaneka. acara yang paling menarik adalah kupas kelapa dengan mengunakan gigi. orang kampung bakong memang dah biasa mengupas kelapa dengan menggunakan gigi. sebelah malam pula ada acara kesenian. diantara acara malam kesenian adalah dikir barat,nasyid,penyampaian hadiah kepada pemenang sukaneka dan cabutan bertuah. malam kesenian adalah penutup kepada progarm PBSM.

alhamdulillah, perogram bakti siswa mesir yang dibuat di kampung bakong mendapat sambutan yang baik dikalangan masyarakat kg bakong dan sekitarnya.sehingga selepas program itu, kami sentiasa dihubungi oleh keluarga dan masyarakat kampung bagi mengeratkan lagi ukhuwwah yang terbina. secara umumnya, program itu melibatkan semua lapisan masyarakat, bermula dari yang tua hinggga lah kepada yang kecil, dan mendapat sambutan yang baik bagi setaip lapisan masyakat.

cukup sekadar ini dulu untuk kali ini, insyaAllah panjang umor saya update lagi:)
ini dalah pengalaman saya dlm program bakti siswa. banyak lagi pengalaman yang lain yang boleh saya kongsi diblog ini.

jumpa lagi...

Wednesday, November 4, 2009

diari musim cuti...

assalamualaikum...

alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah swt kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menyambung kembali penulisan di blog saya ini. sudah 3bulan lebih blog saya tidak di update, jadi baru hari ni Allah memberi keizinan kepada saya untuk mengupdate blog saya ini.

pada kali ini saya ingin berkongsi pengalaman cuti saya dengan sahabat-sahabat semua. Alhamdulillah, saya bercuti agak panjang berbanding dengan sahabat-sahabat saya yang lain, saya mula balik ke malaysia pada 26 june 09 baru-baru ni seinggalah hari ni saya masih berada di malaysia. hehehe syoknya cuti panjang camni, rasa cam nak tambah cuti lagi je, tapi tak boleh sebab kuliah dah mula. saya bercadang balik tahun ni nak kerja, cari duit untuk sara hidup di mesir selepas pada ini, tapi cadangan saya itu hanyalah sekadar cadangan.sebab saya balik bercuti sahaja.keje pun hanya 3minggu sahaja sebab rasa tak best keje ngan orang.hehehe (baik keje sendiri)

di awal cuti saya, saya telah di jemput untuk bersama-sama dengan Alumni sekolah saya untuk buat program kepada Adik-adik tingkatan 5. alhamdulillah, sepanjang program bersama adik-adik telah banyak saya perolehi pengalaman bagaimana nak berhadapan dengan adik-adik yang bermacam-macam feel dan karenah.

selepas sahaj habis program itu, saya pula terus berkampung di Manik Urai untuk pilihanraya kecil. suasana cukup meriah. saya berkampung sehingga habis plihanraya. pos yang pertama saya lawati adalah pos di pria. selepas itu saya pindah ke pos cucuh putri dan ter akhir saya berkampung di lakloh... alhamdulillah pilihanraya ini telah di menangi oleh patri islam walaupun mejoriti sangat sedikit.rasa kerja yang saya buat untuk piliharaya kali ini tidak cukup dan banyak kelemahan, sebab saya tak pernah ada penalaman dalam pilihanraya, baru kali ini saya rasai bagaimana suasana pilihanraya. habis cite pilihanraya kat manik urai.

habis sahaja pilihanraya manik urai, saya di minta untuk kendalikan program bersama adik-adik stam yang akn kemesir selama 4hari 3malam di markaz dewan ulama (MADU) alhamdulillah program tu berjaya dilaksanakan dengan baik walaupun pada ketika itu kita masih lagi takut dengan H1N1. dalam program itu ramai peserta-peserta yang demam, mungkin fobia ngan H1N1 yang menyebabkan mereka demam dan juga manja dengan keluarga sebab kena berpisah selama 4hari 3malam.hehehe program tu bukannya berat pun, just duk atas kerusi dan dengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah, tu pun ade lagi adik-adik yang malas nak ikut... ish3 . habis cite program di MADU

rasanya cukup setakat ini saje pengalaman yang saya nak kongsi ngan sahabat-sahabat buat kali ini, insyaAllah saya akn sambung lagi pengalaman saya ini di entry selepas ini. sbb saya masih bercuti lagi.hehehe

ok
sehingga bertemu lagi...

Wednesday, July 15, 2009

sekitar pilihanraya N41 DUN Manik Urai

abe uji sedang mendengar luahan...



ust Nasha melepaskan larian di lakloh...



mesra bersama rakyat...



senyum kemenagan dari mereka...



tidak ketinggalan...



petugas umno yang xde orang...



Abe Uji di hari pembungan undi di lakloh... takbir!!!



suasana di pondok panas...



semangat membara di hari pembuangan undi...



golongan muslimat sedang berkempen....


penyokong-penyokong pas yang setia...



murah je air neh:)


bersemangat, anak-anak kecil generasi akan datang... takbir!!!


petugas-petugas pas dalam perjalanan ke tempat merayu undi...




baner yang sempat dirakam pada malam terakhir:)


salam perjuangan buat sahabatsahabat sekalian, alhamdulillah, bersama ini saya hidangkan kepada sahabat2 gambar-gambar yang sempat saya rakam pada hari pembuangan undi di UPU lakloh. alhamdulillah, proses merayu undi berlaku dengan aman walaupun ia di kotori oleh wanita umn yang bersorak tanpa hala tuju dan fitnah yang keterlaluan, kami mebalas tepikan,sorakan dan fitnah puak2 umno dengan bermunajat kepada Allah supaya Allah memenangkan perjuangan islam di manik urai.

sekian dahulu:)

siiruuu ala barakatillah...

bersama abang dan adik2 usrah di lata rek.





salam pertemuan buat semua sahabat2 yang dikasihi semua, alhamdulillah setelah sekian lama ana tidak berblog, baru sekarang Allah bagi kesempatan kepada saya untuk mengisi blog saya ini. pada kali ini saya ingin membawa sahabat2 melihat sedikit perkembangan saya di malaysia,

untuk gambar pertama dan kedua saya bersama ahli usrah di Lata Rek, aktiviti usrah saya pada kali ini adalah membawa misi yang besar disini,so untuk memjayakan misi yang besar ini, saya bawa ahli usrah kesini dahulu untuk mencari semnganat dan sedikit ketenangan. misi itu tak perlulah saya jelaskan disini kerana itu adalah misi usrah kami:)

gambar yang ke dua dan yang ketiga plak say bersama ngan hidangan pagi hari:) biasanya kalau pagi2 makan nasi kerabu,laksam,lepat pisang kuih,tapi hari ni lain plk jadinya, kebetulan kat tepi jalan saya tengok ada orang jual buah durian,rambutan dan manggis, apa lagi, saya pun turun la makan, buah durian,rambutan dan manggis habis banyak lah kami makan. rezeki kami murah pagi tu kerana makan banyak pun sedikit je yang pakcik penjual tu ambik duit, dia just mintak RM5 je, tapi saya sedekahkan la yang lebih dari tu.

inilah sedikit perkembangan terbaru yang dapat saya kongsikan dengan sahabat2 sepanjang percutian saya yang baru bermula ini:)

sehingga jumpa lagi...

Tuesday, June 16, 2009

Renungan bersama




























Salam ukhuwwah saya hulurkan buar semua pembaca yang dirahmati Allah swt.


Setelah lama tidak update blog saya ini, baru kali ini ada peluang untuk saya meng'update' saya punya blog. Alhamdulillah.






(Gambar di atas ni adalah sebagai satu contoh bagi mengambarkan kepada kita semua bahawa binatang pun sayangkan anak-anak)





Topik yang saya nak bawa untuk kita sama-sama renung pada kali ini adalah tentang masalah gejala sosial yang berlaku yang makin parah di dalam negara kita sekarang. Makin hari makin teruk kita dengar tentang gejala-sejala pelik berlaku di negara kita.






Kes yang berkaitan dengan gambar itik di atas adalah saya nak kaitkan dengan kes pembuangan bayi yang makin menjadi-jadi di negara kita. saya pelik, kenapa tak nak kawin? berzina nak pula. Teruk betul muda-mudi kita sekarang, pokoknya adalah kurangnya didikan agama dan takdenya imam di dalam diri, sebab itulah perkara ini berlaku. Kalau binatang pun pandai jaga anak-anak, sayangkan anak-anak mereka hingga jika ada manusia yang cuba menganggu anak-anak dia, dia akan cuba pertahankan walaupun sekadar mematuk dengan muncung nya yang tumpul itu.







Adalah menjadi tangungjawab kita untuk menyedarkan mereka yang lalai dan jahil ini ke arah hidayah dan kebenaran. perkara yang perlu kita terapkan dalam jiwa muda mudi pada zaman sekarang adalah tanamkan asas-asas kefaham tentang islam dan keimanan.


Bila mereka faham tentang asas-asas ini, barulah kita terapkan tentang akhlak-akhlak mulia yang di tujuk oleh rasulullah s.a.w disertakan dengan hukum halal haram di dalam islam. InsyaAllah, sekiranya penerapan ini berjaya, maka pembentukan sahsiah peribadi muslim akan berjaya.




Tidakkah kita merasa sayu dan sedih bila kita melihat gambar-gambar anak kecil yang dibuang tanpa belas. Apa dosa meraka ini? silapnya adalah kepada ibu bapa mereka yang berzina, menjadikan diri hamba kepada nafsu, dan membuang sinar iman di dalam diri. Rasanya tidak perlulah saya hurai panjang-panjang perkara ini kerana para pembaca semua sudah tahu menilai mana yang baik dan yang buruk, cuma tugas kita adalah menyampaikan kalimah kebenaran kepada mereka yang masih terkapai-kapai dalam kejahilan.


Satu lagi yang saya nak tekankan di sini adalah pihak yang berkuasa perlu mencari satu altenatif bagi memberi kesedaran kepada muda mudi di negara kita, bukan sekadar memberi hiburan yang berlebihan tanpa menapis dan memikirkan baik dan buruk yang membawa kepada kerosakan akhlak sehingga akhirnya berlaku pembuangan bayi. Sepatutnya kerajaan menyediakan satu hidangan rohani kepada masyarakat kita nilai-nilai islam, bagi saya kerajaan tidak akan rugi jika kerajaan menghidang program menerapkan nilai islam dalam jiwa anak muda mudi di Malaysia.







Jika pihak kerajaan kekurangan tenaga untuk mengadakan program-program kerohanian kepada muda mudi, pihak kerajaan boleh meminta tenaga pengerak dari para mahasiswa-mahasiswi yang berada dalam negara mahupun luar negara khususnya mahsiswa yang belajar dalam bidang pengajian islam yang jelas ingin membawa pembentukan akhlak muda mudi dan ingin melihat akhlak anak bangsa kita selamat dari gejala yang kurang elok khususnya dan membawa perubahan kepada ummat islam secara amnya.





Rasanya cukup sekadar ini sahaja dahulu buat kali ini, kita jumpa dilain pertemuan, tapi yang penting kita mestilah menyedarkan masyarakat tentang pentingnya mempunyai akhlak mulia seperti yang ditunjukkan oleh rasulullah s.a.w sepertu yang dituntut oleh Allah s.w.t insyaAllah, jika akhlak kita baik, maka semua perkara dalam kehidupan kita pun akan baik...



Sehingga bertemu lagi.. siiru ala barakatillah....





























Thursday, May 28, 2009

Indahnya Ukhuwwah kerana Allah swt.



Salam ukhuwwah saya hulurkan buat sahabat-sahabat pembaca yang dikasihi Allah s.w.t, moga kita semua senantiasa berada di bawah limpahan rahmat Allah s.w.t selalu. Alhamdulillah kali ini kita sekali lagi dapat bersua di dalam ruang ini bagi topik yang saya rasa cukup bermanfaat kepada kita, untuk kita sama-sama renung dan sama-sama kita amalkan. UKHUWWAH.



Kali ini saya ingin bawa sahabat-sahabat semua merenung hadis nabi yang berbunyi :

عن أبي حمزة أنس بن مالك - رضي الله تعالى عنه خادم رسول الله صلي الله عليه وسلم - عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : لا يؤمن احدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه . رواه البخاري ومسلم.

Bermaksud: daripada Abi Hamzah Anas bin Malik -R.A- khadim Rasulullah S.A.W- daripada Nabi S.A.W berkata : Tidak beriman diantara kamu sehingga dia mencintai saudaranya seperti dia cintakan dirinya sendiri. riwayat bukhari dan muslim.



Hadis di atas menberitahu kepada kita bahawa tidak dikira beriman kepada Allah jika kita tidak menyayangi atau menyintai saudara kita itu seperti mana kita cinta dan sayangkan kepada diri kita sendiri. Betapa besarnya nilai Ukhuwwah di sisi Allah s.w.t, mana tidaknya, dengan ukhuwwah inilah kita boleh menjadi kuat. Dengan ukhuwwah inilah kita boleh menjadi satu golongan yang mendapat naugan rahmat Allah s.w.t yang tidak terhingga banyaknya.



Di dalam Al-quran juga Allah s.w.t ada menyebut yang bermaksud:
sesungguhnya ummat islam itu bersaudara, maka perbaikkanlah diantara kedua-duanya.



Antara martabat ukhuwwah yang paling tinggi adalah al-ithar (bekorban untuk sahabat) dan martabat ukhuuwah yang paling rendah adalah salamatussadr(berlapang dada). Cuba kita perhatikan kepada diri kita, sejauh mana kita berukhuwwah dengan sahabat-sahabat kita? adakah kita dah sampai tahap ithar ataupun adakah kita selalu salamatussadr (berlapang dada) dengan sahabat-sahabat kita? moga kita semua berukhuwwah dengan sebaik-baiknya untuk mendapat redho Allah s.w.t



Alangkah indahnya ukhuwwah, jika kita berukhuwwah kerana Allah swt bukan kerana mengharapkan belas kasihan dari sahabat kita, ataupun mengharapkan kita disanjung oleh sahabat diatas kebaikan yang telah kita lakukan. Susah sangat ke kita nak memiliki sifat ukhuwwah seperti yang ditunjukkan oleh rasulullullah dan para sahabatnya? jika kita sentiasa memperbetulkan niat kita, pasti kita akan miliki apa yang mereka semua miliki. Kemanisan Ukhuwwah kita akan rasai bila kita betul-betul ikhlas menolong dan bersahabat dengan kawan kita itu kerena Allah swt.



Rasanya cukup setakat ini buat kali ini, sekadar memperingati diri saya dan juga sahabat-sahabat sekalian supaya biarlah kita berukhuwwah ini kerana Allah swt. jika sahabat kita susah, bantulah mereka tak kira kita senang atau susah. Moga kita sama-sama menjadi sahabat yang bersahabat kerana Allah swt dan memiliki sahabat yang betul berukhuwwah yang kerana Allah swt.



Sehingga jumpa lagi... Siiru ala barakatillah...

Thursday, May 21, 2009

Dimana kita sekarang?

Salam keinsafan buat sahabat-sahabat sekelian. Alhamdulillah, ada juga masa untuk saya update blog saya ini. Di dalam kepenatan pulang dari imtihan madah manahij mufassirin sebentar tadi, saya terkedu bila buka berita di harianmtero. Sedih, pilu dan menyayat hati bila baca berita ini. http://www.hmetro.com.my/Thursday/BeritaUtama/20090521052904/Article. Alangkah zalim dan berhati syaitan pembunuh ini.

Apa nak jadi dengan manusia sekarang? sanggup membunuh kerana ingin memuaskan nafsu dengan najis dadah. Ini rialiti yang berlaku di tanah air kita. Bila dah jadi tahi dadah, maka segala kerosakan akan dilakukan hingga sanggup membunuh, inilah manusia yang tiada iman dan menjadikan syaitan dan nafsu sebagai raja kepada diri. Pembunuh ditangkap dalam keadaan diri dalam pengaruh dadah. ish3 rosak betul.

Ini kes terbaru, kalau kes-kes yang lalu contoh Allahyarham Saodah dibunuh di Ketereh oleh sang peragut baru-baru ini hanya kerana RM3.00. Nurbahirah (26) dibunuh dengan kejam oleh seorang duda bekas kekasihnya hanya kerana mahu memutuskan perhubungan. Kita mendengar kes anak gadis dijadikan habuan seks oleh bapa kandung dan abang kandung sendiri.Tak cukup dengan jenayah kebinatangan itu, si gadis di sapu pulak oleh rakan si bapak! Berita bayi dibuang merata tempat..dalam tong sampah, dalam surau, di taman pernainan kanak-kanak, di tepi jalan, dalam tandas awam malahan disorok almari pun ada.

Parahnya dunia sekarang, dimana nilai-nilai murni mereka? dimana letaknya maruah mereka ini? yang pasti semua ini berlaku kerana diri telah tiada langsung iman dan taqwa dalam jiwa mereka. Astaufirullahalazim... sama-samalah kita memohon moga Allah memelihara kita semua dari mala petaka yang kebinatangan ini. Moga nikmat iman dan islam dalam jiwa kita tidak ditarik oleh Allah.

Sebenarnya ALLAH swt telah memberi amaran jelas kepada kita.. (apabila kamu meninggalkan hukum hakam dan syariat ALLAH, tunggulah hari dimana perasaan rahim dan belas ehsan akan dicabut dari hati manusia, sehingga ia berkelakuan saperti haiwan).

Inilah fenomena yang sedang kita lihat berlaku depan mata kita hari ini. Dan yang paling malang, ianya berlaku dikalangan bangsa Melayu yang Al Quran ada ditangannya, yang selalu diframekan, selalu di
musabaqahkan, selalu ditadaruskan..tetapi mereka sedikitpun tidak mengamalkan nya.
Malahan mereka mencemuh Al Quran; mendakwa hukum-hakam ALLAH sudah tidak sesuai dilaksanakan, malah kalau dilaksanakan akan banyaklah restoran menghidangkan sup tangan, maka akan terbantutlah pembangunan kerana kurangnya batu yang diguna untuk merejam pesalah.

Hari ini, dicelah-celah menara kayangan Melayu, disamping kerlipan pembangunan mahahebat Melayu..kita melihat keruntuhan akhlak dan kerosakan moral yang parah dikalangan bangsa kita sendiri.

Beginilah cabaran yang berada dihadapan kita semua, oleh itu marilah sama-sama kita merenung kembali apa tujuan kita berada didunia ini. Apa yang Allah firmankan dalam al-quran yang bermaksud: (tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku). inilah tujuan kita hidup didunia yang penuh dengan cabaran dan dugaan ini. Sama-samalah kita sedari dan insafi di atas kesilapan diri yang telah lalu agar kita jadi lebih kuat untuk mengharungi hari-hari yang mendatang.

Jawapan dari kesemua ini adalah kembalilah mentauhidkan ALLAH, hiduplah menurut syariat Islam, patuhilah sunnah Rasul, dan jadilah seorang Muslim yang benar-benar bertaqwa dan beriman kepada ALLAH.
Moga ALLAH mengampuni kita semua dan memberi kekuatan kepada kita untuk beriman dan beristiqomah dalam menjalani kehidupan sebagai Muslim yang hakiki. Aminnn...

setakat ini sahaj perkongsian saya dengan sahabat-sahabat pada kali ini. sehingga jumpa lagi...

wassalam...

Saturday, May 16, 2009

selamat hari guru buat tenaga pendidik...


Selamat hari guru buat semua tenaga pendidik di seluruh sekolah di Malaysia, khususnya kepada guru-guru yang mengajar saya di Maahad YAAKUBIAH Nipah Bachok. Tak ternilai banyaknya jasa kalian semua dalam mendidik insan kerdil ini menjadi insan berilmu. Moga segala penat lelah kalian semua dibalas dengan pahala dan rahmat yang melimpah ruah dari Allah swt.

Gambar-gambar di atas ini adalah sebahagian dari tenaga pendidik di Maahad Yaakubiah nipah. Sekadar kenangan bersama mereka. yang penting, sama-sama kita doakan moga mereka tergolong dalam golongan yang mendapat Rahmat Allah swt. amin...

Mulianya kalian menjadi seorang guru yang tak pernah jemu mendidik kami anak-anak murid yang kejahilan dan kedegilan. Walaupun kami jahil dan degil, kalian tetap tabah mendidik dan membimbing kami mejadi insan beruguna. Terima kasih kerana mendidik kami sehingga kami berjaya. Tanpa dorongan,didikan dan pembelajaran dari kalian, kami tidak akan berjaya ke menara gading yang kami cita-citakan sejak kecil lagi.

Ucapan terima kasih saya ucapkan buat kalian semua kerana sudi mendidik saya bermula dari tinggkatan peralihan 1 hinggalah ke tingkatan 6 atas. begitu lama saya belajar di Maahad Yaakubiah ini, sudah tentu sejuta kenangan telah terukir di maahad yaakubiah yang saya cintai ini.

Seperti yang kita maklum, guru yang pertama mendidik kita adalah ibu bapa kita. Manakala guru yang kedua adalah guru-guru yang mengajar kita di sekolah. Inilah guru yang banyak mendidik kita untuk berjaya menjejakkan kaki IPTA dan juga IPTS. Alhamdulillah. terima kasih guru-guruku.

Kadang-kadang saya juga terfikir, ada dikalangan pelajar yang tidak berjaya masuk ke IPTA atau IPTS, adakah ini kegagalan guru yang mendidik? atau kesalahan pelajar itu sendiri? jawabnya adalah kerana pelajar itu sendiri yang tak bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita mereka itu, adapun mereka yang dah berusaha melakukan yang terbaik dalam setiap ujian yang dilalui yang masih belom diberi peluang masuk ke IPTA atau IPTS, yakinlah bahawa Allah masih belum memberi peluang kepada kalian. InsyaAllah, kejayaan pasti akan bersama dengan kalian jika kalian menggandakan usaha kalian dalam menuntut ilmu.

Apapun yang penting adalah ikhlaskan niat kita kerana Allah swt dalam menuntut ilmu. Sekiranya kita ikhlas dalam menuntut ilmu, insyaAllah, kejayaan dan keberkatan ilmu akan kita dapat dari Allah swt.

Ucapan saya ini juga saya tujukan buat kawan-kawan saya yang dah bergelar guru. Moga kalian semua tabah dalam mendidik anak bangsa menjadi insan berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia. Didiklah mereka hingga mereka berjaya dalam pelajaran dan cemerlang dalam akhlak. Moga kalian semua menjadi guru yang paling dihormati oleh pelajar-pelajar kalian.

Semoga kita semua mendapat keberkatan dalam menuntut dan menyampaikan ilmu Allah swt kepada mereka yang memerlukan...

Siru ala barakatillah...

Wednesday, May 13, 2009

Masuk Syurga kerana rahmat Nya.

Salam imtihan buat sahabat-sahabat yang sedang imtihan. Moga kita semua dapat memberi jawapan yang terbaik untuk imtihan kali ini.

Alhamdulillah, telah lama tak update blog saya, jadi baru sekarang boleh nak post yang baru. Kali ini saya nak kongsi dengan sahabat-sahabat tentang rahmat Allah swt. Kita semua telah maklum bahawa rahmat Allah swt kepada kita sangat luas. Contoh paling dekat sekali adalah apa yang ada pada diri kita. Mata yang boleh melihat, hati yang boleh menilai, mulut yang boleh bercakap, hidung yang boleh bernafas, jari yang boleh untuk menaip:) alangkah luasnya rahmat Allah ke atas kita.

Adakah kita semua sedar semua ini? mungkin ada yang sedar dan ada yang buat-buat tidak sedar. Apapun, tugas kita adalah menyedarkan mereka yang masih tidak sedar dengan rahmat yang Allah kurniakan kepada kita.

Allah swt telah memberi kesihatan tubuh badan kepada kita untuk kita beribadat kepada Nya, memberi akal fikiran kepada kita untuk berfikir tentang kebesaran Allah. Tetapi begitu ramai yang alpa dan leka serta lupa dengan nikmat dan rahmat Allah ini, ramai yang sihat tidak beribadat kepada Allah swt, malah sering melakukan maksiat serta derhaka kepada Allah swt. Sedih dengan ummat manusia sekarang yang tidak sedar diri melakukan maksiat dan kerosakan di muka bumi ini. Sama-samalah kita kembali kepada Allah swt.

Teringat pada sebuah cerita yang pernah saya baca dalam kitab dan juga yang pernah saya dengar melalui kuliah maghrib semasa di kampung saya sebelum keberangkatan saya ke bumi Mesir ini. Ingin saya kongsi dengan sahabat-sahabat pembaca semua tentang apa yang saya dapat dari kuliah maghrib tu dan hasil bacaan dari kitab kecil itu.

Antaranya ialah:

Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka.” (Riwayat Muslim)


Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Dari Rasulullah saw. bahwa beliau bersabda: Tidak seorang pun di antara kalian yang akan diselamatkan oleh amal perbuatannya. Seorang lelaki bertanya: Engkau pun tidak, wahai Rasulullah? Rasulullah saw. menjawab: Aku juga tidak, hanya saja Allah melimpahkan rahmat-Nya kepadaku akan tetapi tetaplah kalian berusaha berbuat dan berkata yang benar

Dalam satu kisah ada seorang lelaki yang telah mengasingkan dirinya di sebuah pulau dan bersembahyang selama 500 tahun.Setiap hari dia makan sebiji delima dari pohon yang terdapat di pulau itu.Di hari Kiamat setiap manusia ditanya 2 soalan “Apa kamu buat” (apa pekerjaan kamu) dan “apa kamu bawa”? Lalu lelaki itu menceritakan bahawa dia membawa amalan sembahyangnya selama 500 tahun. Allah bertanya kepadanya “Kamu nak masuk syurga ini dengan amalan kamu atau dengan kasihan belas aku”?. Jawab lelaki itu “Dengan amalanku”.
Allah bertanya kepadanya “Siapa yang mendorong kamu untuk mengasingkan diri ke pulau untuk bersembahyang selama 500 tahun. Jawab lelaki itu “kamu Ya Allah”.
Allah bertanya kepadanya “Siapa yang beri kamu makan selama 500 tahun kamu mengasingkan diri. Jawab lelaki itu “kamu Ya Allah”.
Allah bertanya kepadanya “Siapa yang beri kamu anggota untuk bersembahyang selama 500 tahun kamu mengasingkan diri. Jawab lelaki itu “kamu Ya Allah”.
Allah berfirman, “amalan kamu semuanya datang dari aku. Tiada satu pun dari kamu. Maka kamu hanya layak masuk syurga dengan rahmatku”. Akhirnya setujulah lelaki itu bahawa amalannya tidak cukup untuk memasukkannya ke syurga tanpa rahmat dan kasihan belas dari Allah.

Subhanallah, maha suci Allah yang menciptakan sekelian makhluk di dunia ini. Betapa berharganya rahmat Allah swt kepada kita hambaNya. Jadi jangan ingat kita boleh masuk syuga itu dengan amal yang kita lakukan, dan jangan pula berharap nak masuk syurga tanpa membuat amal kepada Allah. Sebab itu kita di ajar supaya ikhlaskan niat kerana Allah swt dalam setiap perkara amal ibadat yang kita lakukan supaya segala amal yang kita kerjakan itu sampai kepada Allah swt..

Rasanya cukup sekadar ini sahaja perkongsian saya dengan sahabat-sahabat buat kali ini,

Sehingga kita berjumpa lagi... Siiru ala barakatillah...

Tuesday, May 5, 2009

"FLU BABI" : TINGKAT PENYEBARAN & TINDAKAN PREVENTIF PENCEGAHANNYA

alhamdulillah, sekali lagi kite bersua, saya terbaca satu perkara yang berlaku sekarang. isitu flu h1n1.

so saya ingin kongsi dengan sahabat2 pembaca sekelian. moga yang baik itu kita sama-sama ambil manfaat..

apa yang penting pergantungan kikita kepada Allah swt. tu yang penting dlm setiap perkara yang kita hadapi...

"FLU BABI" : TINGKAT PENYEBARAN & TINDAKAN PREVENTIF PENCEGAHANNYA

APAKAH FLU BABI ITU?
Flu babi adalah penyakit saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus yang sangat menular, ada tiga jenis virus (A, B, C) yang dapat mengubah (change), dan ada beberapa subtipe. Dan yg terpenting
diketahui adalah karena ia mampu menyerang semua usia, dan lokasi dalam mutasi-mutasi virus yg sering menyebabkan komplikasi serius dan bahkan kematian pada banyak orang, sering terjadi pada anak-anak dan orang tua.

APAKAH FLU ITU SAMA DG FLU BIASA YG DISEBABKAN UDARA DINGIN?
Tidak, walaupun keduanya adalah pernafasan akut dan gejala penyakit yang umum, maka mahluk yg kecil yang menyebabkan flu babi berbeda dengan flu biasa (common cold-influenza) .

BAGAIMANA CARA KERJA FLU BABI MENULARKAN?
Dari orang ke orang melalui secretions (proses pengeluaran) dari mulut dan hidung (batuk, bersin, berbicara, bernyanyi) atau kontak langsung (tangan, walau tidak terkena lendir/ludah pasien. Sangat contagious/menular (3-7 hari setelah gejala awal) dan risiko yang lebih tinggi jika terjadi di ruang tertutup (kamar, nurseries/ruang perawatan, sekolah, perawatan di rumah, ruang darurat, dll). Dapat menjadi epidemi/pandemi ke seluruh dunia dalam waktu 3 sampai 6 bulan.

BAGAIMANA MENGENALI GEJALA ORANG TERKENA FLU BABI?
* Demam lebih dari 38 ° C.
* Sering batuk dan intens.
* Sakit kepala.
* Kurang nafsu makan.
* Hidung tersumbat/sengau
* Lain-lain rasa tidak enak.

BAGAIMANA MENDIAGNOSA "FLU BABI"?
Kita perlu belajar bagaimana seorang dokter melakukan pemeriksaan klinis secara rinci mengenai latar belakang dan pemeriksaan terhadap pasien-pasien lain, kontak pasien dg orang lain dan perjalanan pasien (kemana saja?).
Diagnosis terhadap virus dengan mengidentifikasi secretions/pengelua ran dari hidung atau pangkal tenggorokan (virus isolasi) selama 24-72 jam pertama inisiasi penyakit, atau melalui pengecekan darah untuk mengidentifikasi zat antibodi-nya.

APAKAH "FLU BABI" BISA BERKOMPLIKASI (DENGAN PENYAKIT LAIN)?
Ya, gambaran tentang flu babi nampak tidak terkenali (sebelumnya) dan tidak terkait dengan penyakit lainnya namun dapat menghasilkan komplikasi, terutama pernafasan (otitis, sinusitis, rhinitis, radang paru-paru, Bronchopneumonia, merintangi radang tenggorokan) , jantung atau bahkan kematian, sering terpantau menjadi penularan yg meluas atau epidemik.
Sangatlah penting untuk memantau anak-anak jika menerima pengobatan aspirin (mungkin encephalitis) .

ADAKAH PELUANG MENGOBATI PENYAKIT FLU BABI?
Flu babi disebabkan oleh virus, dan belum ada obat yg manjur utk menuntaskannya, tetapi ada obat yang berfungsi utk mengurangi/memperla mbat laju kegawatan penyakit, memperpendek dan mengurangi gejala-gejala jika masih terpantau dalam waktu 48 jam pertama rasa sakit. Penggunaan obat-obatan adalah sangat sensitif, hanya dokter dapat menentukan apakah pasien harus dirawat sebab mereka juga tidak bebas menjalani kontak dg manusia lain (yg tidak terinfeksi virus).

BAGAIMANA SAYA DAPAT MENCEGAH FLU BABI?
Ada vaksin sebagai cara terbaik untuk mencegah flu jenis ini, maka setiap tahunnya telah disiapkan dengan mempertimbangkan jenis virus yang beredar di dunia, tetapi tidak (terlalu) baik bagi orang-orang yang alergi terhadap protein telur, sebuah pengalaman serius mengenai reaksi terhadap vaksin pernah dialami pada peristiwa "Guillain-Barre syndrome" (enam bulan setelah vaksinasi).

PANDUAN KEPADA MASYARAKAT UMUM:

* Hindari kontak dengan orang-orang yang memiliki infeksi pernafasan flu babi.
* Jangan menyapa atau mencium tangannya.
* Jangan berbagi makanan, penggunaan cangkir, piring, atau peralatan makan lainnya.
* Berikan kebebasan sinar matahari memasuki ruang dalam rumah, kantor, dan ruang-ruang tertutup lainnya (utk membakar virus).
* Jaga ruang dapur, kamar mandi, handle pintu, railings/pagar tangga, mainan anak-anak, telepon atau artikel-artikel/ majalah yg digunakan tetap dalam keadaan BERSIH.
* Jika terjadi demam mendadak, batuk-batuk, sakit kepala, sakit pada otot dan sendi, segera periksakan diri ke dokter atau unit kesehatan yg ada.
* Hangatkan badan dan hindari perubahan suhu mendadak (yg menyebabkan ketidakseimbangan tubuh sehingga menjadi flu).
* Makan buah-buahan dan sayuran yang kaya vitamin A dan C (wortel, pepaya, jambu biji, jeruk, jeruk kepruk, jeruk, lemon dan nanas).
* Seringlah mencuci tangan dengan sabun dan air.
* Hindari berkecimpung dalam lingkungan terkontaminasi virus tsb.
* Tidak merokok di tempat tertutup atau di dekat anak-anak, orang tua atau pasien.
* Ke dokter segera jika menemui/mengalami gejala-gejala.

APA LANGKAH-LANGKAH YANG DIREKOMENDASIKAN UNTUK MEREKA YANG MENDERITA FLU?

* Tinggal di rumah, menghindari pergi ke pusat-pusat kerja, sekolah atau tempat di mana terdapat konsentrasi orang (teater, bioskop, bar, bis, metro, klub malam, pesta, dll). Ini akan mencegah menjangkiti
orang lain melalui Anda.
* Tutup mulutdan hidung dengan tisu/saputangan ketika berbicara, batuk, bersin. Ini akan mencegah orang-orang di sekitar anda menjadi sakit.
* Hindari menyentuh mata, mulut dan hidung orang lain utk menghindari virus menyebar
* Flu dapat dicegah melalui penerapan vaksin yang disiapkan sesuai dengan jenis virus yang beredar di dunia), harus mendapatkan divaksinasi setiap tahun.
* Hindari debu, asap bergerak dan zat lainnya yang dapat mengganggu pernafasan dan membuat anak-anak lebih rentan terhadap penyakit.
* Gunakan cubrebocas, buang tisu hasil bersin ke kantong plastik dan bersinlah di ujung ruangan (jauh dari orang lain).
* Jika setelah 24 jam tanpa gejala, Anda dapat bekerja normal kembali.

Terakhir Diperbaharui:
Jumat 24 Apr 2009 pada 13:15 oleh Sweet Buenrostro (staf Departemen Kesehatan Mexico).

Diterjemahkan oleh Noprizal Erhan pada 28 April 2009 dari sebuah artikel berbahasa Spanyol di situs Departemen Kesehatan Mexico :
Secretaría de Salud Edificio Sede

Monday, May 4, 2009

mari kita sama-sama lakukan...


1 minit untuk mengingat Allah


Langkah 1:

* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

سبحان الله
SUBHANA'LLAH


الحمدالله
ALHAMDULI'LLAH


لا اله الا الله
LAA I LAAHA ILLA'LLAH


الله اكبر
ALLAHU AKBAR

استغفر الله
ASTAGHFIRU'LLAH


لا اله الا الله محمد رسول الله
LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH


اللهم صلي وسلم وبارك على سيدنا محمد وعليه وصحبه اجمعين
ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALASAYYIDINA
MUHAMMAD WA AALIHI WA SAHBIHI AJMA'EEN


Langkah 2:

* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat,
perkataaan demi
perkataan


Langkah 3:


* sampaikan pesanan ini kepada sekurang-kurangnya 7 orang
yang anda kasihi..


Hasil 1:

* Dalam tempo satu jam anda telah berjasa mengajak
mereka untuk
* mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.


Hasil 2:

* Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak
mereka untuk
* mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.


Hasil 3:

* Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah
mendoakan
* kesejahteraan untuk kamu dan di-AMIN-kan oleh para
Malaikat.

semoga ia bermanfaat untuk kita semua...

Saturday, May 2, 2009

Sebelas tahun ku tiada doa darimu 3 MEI 1998 - 3 MEI 2009

Alfatihah buat arwah bonda tersayang dialam barzakh sana. moga roh bonda dicucuri rahmat oleh Allah swt, dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

masih segar dalam ingatanku saat aku kehilangan dirimu bonda. tangal 3 mei 1998, inilah hari yang paling menyedihkan diriku sekeluaga apabila orag orang amat ku sayangi pergi meninggalkan kami sekeluarga. inilah takdir Allah, setiap yang muda pasti akn tua, yang baru pasti akan buruk,begitu juga kita sebagai hamba Allah yang bernyawa ini pasti akn mati. sudahkah kita bersedia utk mati? apapun, kite kena redha ngan ketentuan ilahi.

Dah 11 tahun rupanya arwah bonda pergi. moga arwah bonda mendapat rahmat Allah selalu. 11tahun lepas bonda pergi, mana tau hari ni atau esok aku pula. Apapun, yang pergi takkan kembali lagi.

Sering kali aku menangis bila mengenangkan anak-anak yang derhaka kepada ibu bapa, tidakkah mereka fikir betapa susah payah ibubapa mereka mendidik, menjaga, membesarkan mereka dengan keringat yang ada utk melihat anak mereka menjadi anak yang soleh dan boleh memberi manfaat kepada islam.

ya Allah, jadikanlah aku anak yang soleh yang boleh memberi bantuan kepada kedua ibubapaku di alam barzakh sana seperti mana sabda nabi saw yang bermaksud:

(apabila mati seseorang anak Adam itu, maka terputuslah segala amalan mereka kecuali 3 perkara, sedekah jariah,ilmu yang memberi manfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kedua ibubapanya.)

Ya Allah, aku sedar, diriku hanyalah seorang anak yang lemah, hamba yang hina disisiMu, namun ku hanya mampu berdoa dan meminta kepadamu ya Allah agar engkau memberikan rahmat kepada kedua ibubapaku, agar engkau melepaskan mereka berdua dari azab kubur Mu ya Allah. sesungguhnya hanya Engkau sajalah ya Allah yang mempu menerima doaku ini. aminn

Dah sebelas tahun aku kekeringan belaian manja seorang ibu, dah sebelas tahun aku tiada doa dari seorang ibu yang mengiringi hidupku. kadang-kadang aku pelik dengan mereka yang masih ada ibu, tapi tidak menjadikan ibu mereka sebagai sumber motovasi kepada diri untuk berjaya dalam hidup. sedetik bersama ibu adalah amat berharga. seutas doa dari ibu amat bernilai kepada seorang anak. secebis nasihat amat bermanfaat kepada seorang anak. oleh itu berbaktilah kepada mereka selagi mereka masih ada.

Tadahlah telinga untuk di leteri, angkatlah kedua belah tangan untuk berdoa kepada Nya supaya Allah memganjari mereka dengan Rahmat yang tidak ternilai banyaknya.

Serangkap doa yang masih aku ingat ketika arwah bonda masih hidup yang diajar oleh bonda iaitu :

اللهم اغفرلي ولوالدي وارحمهما كما ربياني صغيرا

inilah doa yang diajar oleh arwah ibuku kepadaku satu ketika dahulu. moga sama-samalah kita mendoakan kedua ibubapa kita.

moga perkongsian saya kali ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. lebih-lebih lagi kepada mereka yang ibubapa masih hidup.

sehingga ketemu lagi.

alfatihah buat arwah bonda Zainab bt Daud arwah ayahanda Abdullah bin Awang:)
alfatihah...

pesanan buat yang tersayang

salam ukhuwwah pembuka bicara saya ucapkan buat pembaca sekalian. dah lama tak update blog saya neh, mungkin dengan kesibukan yang melanda diri dengan tugasan harian. insyaAllah selagi ade peluang selagi itulah saya akn cuba untuk update blog saya ni walaupun dengan bahasa chating ym. takpe asalkan pembaca senang membacanya dengan bersahaja.

kali ini saya ingin kongsi dengan sahabat-sahabat semua tentang niat. dalam matan arbain nawawi, hadis yang pertama menyatakankan tentang niat. (sesungguhnya perbuatan itu mesti disertai dengan niat) panjang lagi lah hadis ni. jadi, penting disini adalah setaip perkara ibadah yang kita nak lakukan tu mestilah dengan niat, sekiranya kita tidak sertai dengan niat maka ia adalah sia-sia.

alhamdulillah, bagi mereka yang terpesong niat, maka hendaklah memperbetulkan niat mulai skarang agar segala amal ibadat yang kita lakukan tidak sia-sia di sini Allah swt. kita sebagai pelajar, maka hendaklah kita niatkan kita belajar ni adalah ikhlas kerana Allah swt. untuk kita gunakan dalam kehidupan harian kita. kalau pelajar perubatan, hendaklah ikhlaskan niat belajar ilmu Allah kerana Allah swt demi untuk berbakti kepada Allah swt. begitu juga dengan pelajar-pelajar dirasat(pengajian islam), hendaklah ikhlaskan niat kerana Allah swt dalam menuntut ilmu Allah swt ini. bila dah dapat ijazah,maka tanggungjawab kita semua adalah amanah dengan ilmu yang Allah swt kurniakan kepada kita.buakan kita mencari ilmu ini kerana semata-mata nak bekerja besar.bergaji mewah dansebagainya, tujuan utama kita menuntut ilmu ini adalah untuk menjadikan hidup kita lebih sempurna lagi.

sekarang apa yang kita dapati adalah ramai dikalangan pelajar sekarang menuntut ilmu adalah kerana ibubapa yang menyuruhnya menuntut ilmu, ada yang belajar kerana melihat masa depan yang tidak terjamin sekiranya tak mempunyai segulung ijazah, ada yang belajar semata-mata kerana nak isi masa kosong. banyak alasan dan sebab yang diberikan. apapun yang penting hendaklah kita ikhlaskan niat belajar dan menuntut ilmu ini kerana Allah swt. jika kita takde niat ini, maka sia-sialah kita belajar dan menuntut ilmu jauh-jauh.

zaman sekarang cemerlang dalam akademik itu menjadi perlumbaan dikalangan pelajar dan juga dikalangan guru-guru di sekolah. ini adalah satu perkara yang betul, tapi satu yang tertinggal, apa dia? yang tertingal adalah akhlak. kecemerlangan akademik yang tidak disertai dengan kecemerlangan akhlak adalah satu yang sia-sia. so kecemerlangan akhlak adlah satu elimen penting dalam pendidikan.

semakin hari semakin ramai pelajar yang tak dengar cakap guru, melawan kata-kata ibubapa, bergaduh disekolah, terlibat dengan gejala yang tidak bermoral dan sebangainya yang tidak berakhlak.. umor 15tahun dan mengandung anak luar nikah, umar 15 tahun dan pandai merompak, belasan tahun dah jadi penagih dadah, belasan tahun dah jadi pelacur dan sebagainya. kenapa ini semua berlaku? ini adalah tidak lain dan tidak bukan adalah kerana kurangnya didikan agama dan kerana tidak diasuh dengan akhlak yang mulia. jadi tidak hairan lah jika kita tengok ramai pelajar yang bijak pandai tidak hormat ibubapa, tidak hormat guru-guru, terlibat dengan gejala yang tidak sihat dan terlibat dengan pergaulan bebas yang melampau, sebab nya adalah kurangnya didikan akhlak islam dalam pembelajaran.

so sama-samalah kita berusaha membantu sahabat kita yang masih dalam kenhanyutan dunia yg sementara ini. dan juga kita sama-sama berdoa agar Allah bagi kekuatan kepada kita untuk menyatakan kebenaran dan menegah kemungkaran..

sampai disini dahulu untuk kali pesanan buat yang tersayang...

siirualabarakatillah..

wassalam.

Friday, April 24, 2009

buat yang dikasihi II

alhamdulillah, kali ini ada perkara yang nak saya kongsikan bersama sahabat-sahabat. perktra yang mudah difahami dan senang untuk kita lakukan. dan perkara inilah yang ramai kita impikan dan harapkan, tetapi tidak ramai yang berusaha untuk melakukannya.

apa yang saya nak saya kongsikan adalah seper yang tertera dibawah ini...

خمسة أشياء كلنا نريدها و نحاول الحصول عليها
Lima perkara semua kita mahukannya dan kita berusaha untuk mendapatkannya:
1- وجه جميل
1: Wajah yang cantik

2- فلوس بالملاين
2: Duit yang banyak

3- صحة قوية
3: Kesihatan yang baik

4- اولاد شاطرين وفالحين مثلنا
4: Anak-anak yang cerdik dan berjaya macam kita

5- نوم عميق من دون مهدئات و أدوية
5: Tidur yang nyenyak tanpa gangguan

سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟
Senang saja untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari.

قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم :
Sabda Rasullah s.a.w,

من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه
siapa yang tinggalkan solat Subuh, tiadalah padanya nur di wajahnya
dan siapa yang tinggalkan solat Zohor, tiadalah padanya rezeki yang berkat


بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في
dan barang siapa yang tinggalkan solat Asar, tiadalah padanya kekuatan badan
dan siapa yang tinggalkan solat Maghrib, tiadalah padanya anak-anak yang bermanfaat


أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة
dan barangsiapa yang tinggalkan solat Isyak, tiadalah padanya tidur yang nyenyak


بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية
Sampaikanlah daripada Rasulullah s.a.w. itu walaupun satu ayat


moga apa yang saya postkan pada kali ini, dapatlah kita sama2 mengambil manfaat untuk kita bersama-sama menuju kearah kemuliaan.. amin...

Wednesday, April 22, 2009

pesanan buat yang dikasihi.

salam ukhuwwah buat semua.

saya amatlah tidak layak untuk memberi pesanan kepada seseorang, tapi rasa terpangil nak memberi sedikit nasihat kepada yang dikasihi. kalau nak di ikutkan hati rasa nak biarkan saja, tapi kalau dibiarkan rasa cam berdosa la pulak. Aishh delima tul.

nasihat ini khas ditujukan kepada akhawat2 yang di kasihi, sama ada yang mengenali diri saya atau tidak, yang pasti saya tujukan buat semua akhawat @ perampuan melayu yang berada di bumi mesir ni, pesanan saya supaya janganlah terlalu naktunjuk diri hebat dan berani nak keluar malam tanpa musyrif. malang tidak berbau. jangan disangka dah miliki tekwando atau silat cengkam harimau dah cukup untuk mempertahankan diri. jika dah rasa hebat, saya rasa itu adalah kesilapan lah.

asal saya keluar malam je jumpa ngan akhawat-akhawat keluar malam tanpa musrif, jika saya tanya ada musrif ke tak, dijawabnya takde, kenapa takde musrif? sbb tak nak nyusahkan ikhwah. tu takpe lah, nampak ok sikit. tapi yang panas telinga dan hati bila ditanya, ade musrif ke tak, dijawabnya eh, kami dah besar, pandailah kami jaga diri. aduh, rasa nak gelak je bila dengar jawapan dia. sebenarnya saya tanya bukan nak jaga tepi kain orang, tapi nak jaga keselamatan. tu je.

apa perasaan sahabat-sahabat bila berada disituasi saya tadi? kalau sahabat jenis darah panas, sah ana rasa akhawat tadi kena maki hamun. hehehe tapi saya tau, sahabat-sahabat ikhwah kat sini semuanya baik hati, takde yang akn sumpah seranah akhawat yang keluar malam tanpa musrif, paling tidak pun diam je. buat-buat tak tau:)

fenomena akhawat @ perempuan keluar malam tanpa musrif makin menjadi-jadi sekarang neh. cam dah jadi satu perkara biasa kepada mereka yang keluar malam, mungkin mereka tak kena ganggu kat pak arab yang gatal dan tak cerdik kot, sebab tu mereka rasa ok je keluar malam tanpa musrif. ingatlah, sekali lagi saya nak royak malang tidak berbau. dah banyak kes kita dengar akhawat diganggu oleh arab yang keluar tanpa musrif neh. ade yang balik umah sampai nangis2 ketakutan. isi rialiti yang berlaku. ni yang akhawat, yang ikhwah sendiri pun tidak selamat,hinggakan ada ikhwah kite yang kena peras ugut dengan pisau dilehir, di tumbuk, dan macam2 lagi. saya sendiri pun rasa takut. ngeri betul...

hah, camne? nasihat saya adalah jangan keluar malam tanpa musrif, jika terdesak sangat coll la tel kawan2 kamu yang ade kat sekeliling kamu tu. jangan cuba nak cari alasan untuk kepentingan diri yang ntah selamat ke tidak.

rasanya cukup sekadar ini dahulu. nak study plak...

sory kalau ada yan terasa:)

jumpa lagi...

Tuesday, April 21, 2009

test motor merah.

salam pertemuan i alam blogger...



pertamanya syukur sy panjatkan buat pencipta sekelian makhluk kerana memberi peluang dan kesempatan kepada saya utk berblogger.



seterusnya terima kasih saya ucapkan kepada topik dan jek( dua org ni bukan nama sebenar) kerana tolong ajar saya utk membuka blog motormerah ini.



kenapa saya pilih name motor merah ini? kerana saya penah guna motor yang berwarna merah kat tempat saya bermusafir. alhamdulillah, tapi sekarang dah tinggal kenangan, motor itu telah saya jual di atas sebab yang tertentu. habis cite.

terpangil untuk menjadi blogger kerana alam siber mejadi salah satu jalan untuk salurkan maklumat dan ilmu yang dimiliki setakat yang termampu la.

rasanya untuk post yang pertama ni, saya cukup utk setakat ini dahulu disebabkan idea tak de sangat nak menaip, insyaAllah akn datang post yang terbaru menepati suasana semasa:) insyaAllah.

sehingga ketemu lagi:)