Thursday, May 28, 2009

Indahnya Ukhuwwah kerana Allah swt.



Salam ukhuwwah saya hulurkan buat sahabat-sahabat pembaca yang dikasihi Allah s.w.t, moga kita semua senantiasa berada di bawah limpahan rahmat Allah s.w.t selalu. Alhamdulillah kali ini kita sekali lagi dapat bersua di dalam ruang ini bagi topik yang saya rasa cukup bermanfaat kepada kita, untuk kita sama-sama renung dan sama-sama kita amalkan. UKHUWWAH.



Kali ini saya ingin bawa sahabat-sahabat semua merenung hadis nabi yang berbunyi :

عن أبي حمزة أنس بن مالك - رضي الله تعالى عنه خادم رسول الله صلي الله عليه وسلم - عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : لا يؤمن احدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه . رواه البخاري ومسلم.

Bermaksud: daripada Abi Hamzah Anas bin Malik -R.A- khadim Rasulullah S.A.W- daripada Nabi S.A.W berkata : Tidak beriman diantara kamu sehingga dia mencintai saudaranya seperti dia cintakan dirinya sendiri. riwayat bukhari dan muslim.



Hadis di atas menberitahu kepada kita bahawa tidak dikira beriman kepada Allah jika kita tidak menyayangi atau menyintai saudara kita itu seperti mana kita cinta dan sayangkan kepada diri kita sendiri. Betapa besarnya nilai Ukhuwwah di sisi Allah s.w.t, mana tidaknya, dengan ukhuwwah inilah kita boleh menjadi kuat. Dengan ukhuwwah inilah kita boleh menjadi satu golongan yang mendapat naugan rahmat Allah s.w.t yang tidak terhingga banyaknya.



Di dalam Al-quran juga Allah s.w.t ada menyebut yang bermaksud:
sesungguhnya ummat islam itu bersaudara, maka perbaikkanlah diantara kedua-duanya.



Antara martabat ukhuwwah yang paling tinggi adalah al-ithar (bekorban untuk sahabat) dan martabat ukhuuwah yang paling rendah adalah salamatussadr(berlapang dada). Cuba kita perhatikan kepada diri kita, sejauh mana kita berukhuwwah dengan sahabat-sahabat kita? adakah kita dah sampai tahap ithar ataupun adakah kita selalu salamatussadr (berlapang dada) dengan sahabat-sahabat kita? moga kita semua berukhuwwah dengan sebaik-baiknya untuk mendapat redho Allah s.w.t



Alangkah indahnya ukhuwwah, jika kita berukhuwwah kerana Allah swt bukan kerana mengharapkan belas kasihan dari sahabat kita, ataupun mengharapkan kita disanjung oleh sahabat diatas kebaikan yang telah kita lakukan. Susah sangat ke kita nak memiliki sifat ukhuwwah seperti yang ditunjukkan oleh rasulullullah dan para sahabatnya? jika kita sentiasa memperbetulkan niat kita, pasti kita akan miliki apa yang mereka semua miliki. Kemanisan Ukhuwwah kita akan rasai bila kita betul-betul ikhlas menolong dan bersahabat dengan kawan kita itu kerena Allah swt.



Rasanya cukup setakat ini buat kali ini, sekadar memperingati diri saya dan juga sahabat-sahabat sekalian supaya biarlah kita berukhuwwah ini kerana Allah swt. jika sahabat kita susah, bantulah mereka tak kira kita senang atau susah. Moga kita sama-sama menjadi sahabat yang bersahabat kerana Allah swt dan memiliki sahabat yang betul berukhuwwah yang kerana Allah swt.



Sehingga jumpa lagi... Siiru ala barakatillah...

No comments:

Post a Comment