Tuesday, February 22, 2011

kembara dakwah ke Laos dan Thailand...

Alhamdulillah, saya panjatkan sukur kepada Allah kerana memberi saya peluang untuk bersama dengan kembara dakwah ke Laos dan Thailand bersama muhammadiah international dan yayasan Amal Malaysia.

sunggguh saya sangat teruja untuk ikut bersama team kembara ini bila saya ditawarkan untuk bersama terus saya menerima untuk menceduk pengalaman bersama orang2 lama dalam dakwah orang yang belom mengenali islam dan mengenali islam dan bersyahadah kembali kepada islam...

satu pengalaman yang cukup bermakna buat saya, perjalanan dgn sebuah van seramai 10org anggota. bermula dari penang, terus bergerak le bukit kayu hitam, trus masuk ke thai melalui bukit kayu hitam,, alhamdulillah kami tidak ada maslah ketika melepasi emigresen di bukit kayu hitam, selepas asar kami bertolak ngan van yang di tempah dari yala, dariver adalah baba jid (ustaz m. najid)

mlm pertama kami hanya bermalam di stesyen minyak hanya 3jam untuk kami qiamulllai dan solat subuh, selepas solat subuh kami teruskan perjalanan,

insyaAllah saya akan sambung selepas ini, sekarang saya dan ahli rombongan berada di krong Thep, phat chong, korat sawai thailand...

nantikan perkongsian pengalaman mensyahadahkan orang yang menganut kepercayaan kepada hantu selepas ini...

Saturday, January 1, 2011

Perutusan Tahun Baru 2011 dari ambo

Afaf Madihah bt Mohamad
4tahun dah. moga kita bertemu lagi.

salam,
Alahmdulillah, saya mengucapkan selamat tahun baru 2011 buat semua pengjengok blog saya dan juga kepada sahabat2 saya sekalian.

setiap kali tiba tahun baru, semua orang akan pasang azam tahun baru, bagus lah kalau camtu. alhamdulillah. moga azam tahun baru lebih menguatkan jiwa dan aqidah islam kita semua...

ok, ni post untuk uncap selamat tahun baru buat semua kawan2 je.. sbb dah lama tak ucap selamat tahun baru kat semua. InsyaAllah 2011 ini membawa keceriaan dalam hidup kita semua, doakan moga saya dapat balik malaysia pada tahun ini. balik habis study kat mesir alh... insyaAllah.

Azam saya adalah, saya dapat menamatkan pengajian saya kat mesir tahun ini dan balik mewakafkan diri untuk perjuangan islam. inilah azam saya tahun ini dan tahun2 lepas... moga cita2 saya ini dpat dirialisasikan demi untak islam. insyaAllah..