Saturday, May 16, 2009

selamat hari guru buat tenaga pendidik...


Selamat hari guru buat semua tenaga pendidik di seluruh sekolah di Malaysia, khususnya kepada guru-guru yang mengajar saya di Maahad YAAKUBIAH Nipah Bachok. Tak ternilai banyaknya jasa kalian semua dalam mendidik insan kerdil ini menjadi insan berilmu. Moga segala penat lelah kalian semua dibalas dengan pahala dan rahmat yang melimpah ruah dari Allah swt.

Gambar-gambar di atas ini adalah sebahagian dari tenaga pendidik di Maahad Yaakubiah nipah. Sekadar kenangan bersama mereka. yang penting, sama-sama kita doakan moga mereka tergolong dalam golongan yang mendapat Rahmat Allah swt. amin...

Mulianya kalian menjadi seorang guru yang tak pernah jemu mendidik kami anak-anak murid yang kejahilan dan kedegilan. Walaupun kami jahil dan degil, kalian tetap tabah mendidik dan membimbing kami mejadi insan beruguna. Terima kasih kerana mendidik kami sehingga kami berjaya. Tanpa dorongan,didikan dan pembelajaran dari kalian, kami tidak akan berjaya ke menara gading yang kami cita-citakan sejak kecil lagi.

Ucapan terima kasih saya ucapkan buat kalian semua kerana sudi mendidik saya bermula dari tinggkatan peralihan 1 hinggalah ke tingkatan 6 atas. begitu lama saya belajar di Maahad Yaakubiah ini, sudah tentu sejuta kenangan telah terukir di maahad yaakubiah yang saya cintai ini.

Seperti yang kita maklum, guru yang pertama mendidik kita adalah ibu bapa kita. Manakala guru yang kedua adalah guru-guru yang mengajar kita di sekolah. Inilah guru yang banyak mendidik kita untuk berjaya menjejakkan kaki IPTA dan juga IPTS. Alhamdulillah. terima kasih guru-guruku.

Kadang-kadang saya juga terfikir, ada dikalangan pelajar yang tidak berjaya masuk ke IPTA atau IPTS, adakah ini kegagalan guru yang mendidik? atau kesalahan pelajar itu sendiri? jawabnya adalah kerana pelajar itu sendiri yang tak bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita mereka itu, adapun mereka yang dah berusaha melakukan yang terbaik dalam setiap ujian yang dilalui yang masih belom diberi peluang masuk ke IPTA atau IPTS, yakinlah bahawa Allah masih belum memberi peluang kepada kalian. InsyaAllah, kejayaan pasti akan bersama dengan kalian jika kalian menggandakan usaha kalian dalam menuntut ilmu.

Apapun yang penting adalah ikhlaskan niat kita kerana Allah swt dalam menuntut ilmu. Sekiranya kita ikhlas dalam menuntut ilmu, insyaAllah, kejayaan dan keberkatan ilmu akan kita dapat dari Allah swt.

Ucapan saya ini juga saya tujukan buat kawan-kawan saya yang dah bergelar guru. Moga kalian semua tabah dalam mendidik anak bangsa menjadi insan berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia. Didiklah mereka hingga mereka berjaya dalam pelajaran dan cemerlang dalam akhlak. Moga kalian semua menjadi guru yang paling dihormati oleh pelajar-pelajar kalian.

Semoga kita semua mendapat keberkatan dalam menuntut dan menyampaikan ilmu Allah swt kepada mereka yang memerlukan...

Siru ala barakatillah...

No comments:

Post a Comment