Thursday, May 21, 2009

Dimana kita sekarang?

Salam keinsafan buat sahabat-sahabat sekelian. Alhamdulillah, ada juga masa untuk saya update blog saya ini. Di dalam kepenatan pulang dari imtihan madah manahij mufassirin sebentar tadi, saya terkedu bila buka berita di harianmtero. Sedih, pilu dan menyayat hati bila baca berita ini. http://www.hmetro.com.my/Thursday/BeritaUtama/20090521052904/Article. Alangkah zalim dan berhati syaitan pembunuh ini.

Apa nak jadi dengan manusia sekarang? sanggup membunuh kerana ingin memuaskan nafsu dengan najis dadah. Ini rialiti yang berlaku di tanah air kita. Bila dah jadi tahi dadah, maka segala kerosakan akan dilakukan hingga sanggup membunuh, inilah manusia yang tiada iman dan menjadikan syaitan dan nafsu sebagai raja kepada diri. Pembunuh ditangkap dalam keadaan diri dalam pengaruh dadah. ish3 rosak betul.

Ini kes terbaru, kalau kes-kes yang lalu contoh Allahyarham Saodah dibunuh di Ketereh oleh sang peragut baru-baru ini hanya kerana RM3.00. Nurbahirah (26) dibunuh dengan kejam oleh seorang duda bekas kekasihnya hanya kerana mahu memutuskan perhubungan. Kita mendengar kes anak gadis dijadikan habuan seks oleh bapa kandung dan abang kandung sendiri.Tak cukup dengan jenayah kebinatangan itu, si gadis di sapu pulak oleh rakan si bapak! Berita bayi dibuang merata tempat..dalam tong sampah, dalam surau, di taman pernainan kanak-kanak, di tepi jalan, dalam tandas awam malahan disorok almari pun ada.

Parahnya dunia sekarang, dimana nilai-nilai murni mereka? dimana letaknya maruah mereka ini? yang pasti semua ini berlaku kerana diri telah tiada langsung iman dan taqwa dalam jiwa mereka. Astaufirullahalazim... sama-samalah kita memohon moga Allah memelihara kita semua dari mala petaka yang kebinatangan ini. Moga nikmat iman dan islam dalam jiwa kita tidak ditarik oleh Allah.

Sebenarnya ALLAH swt telah memberi amaran jelas kepada kita.. (apabila kamu meninggalkan hukum hakam dan syariat ALLAH, tunggulah hari dimana perasaan rahim dan belas ehsan akan dicabut dari hati manusia, sehingga ia berkelakuan saperti haiwan).

Inilah fenomena yang sedang kita lihat berlaku depan mata kita hari ini. Dan yang paling malang, ianya berlaku dikalangan bangsa Melayu yang Al Quran ada ditangannya, yang selalu diframekan, selalu di
musabaqahkan, selalu ditadaruskan..tetapi mereka sedikitpun tidak mengamalkan nya.
Malahan mereka mencemuh Al Quran; mendakwa hukum-hakam ALLAH sudah tidak sesuai dilaksanakan, malah kalau dilaksanakan akan banyaklah restoran menghidangkan sup tangan, maka akan terbantutlah pembangunan kerana kurangnya batu yang diguna untuk merejam pesalah.

Hari ini, dicelah-celah menara kayangan Melayu, disamping kerlipan pembangunan mahahebat Melayu..kita melihat keruntuhan akhlak dan kerosakan moral yang parah dikalangan bangsa kita sendiri.

Beginilah cabaran yang berada dihadapan kita semua, oleh itu marilah sama-sama kita merenung kembali apa tujuan kita berada didunia ini. Apa yang Allah firmankan dalam al-quran yang bermaksud: (tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku). inilah tujuan kita hidup didunia yang penuh dengan cabaran dan dugaan ini. Sama-samalah kita sedari dan insafi di atas kesilapan diri yang telah lalu agar kita jadi lebih kuat untuk mengharungi hari-hari yang mendatang.

Jawapan dari kesemua ini adalah kembalilah mentauhidkan ALLAH, hiduplah menurut syariat Islam, patuhilah sunnah Rasul, dan jadilah seorang Muslim yang benar-benar bertaqwa dan beriman kepada ALLAH.
Moga ALLAH mengampuni kita semua dan memberi kekuatan kepada kita untuk beriman dan beristiqomah dalam menjalani kehidupan sebagai Muslim yang hakiki. Aminnn...

setakat ini sahaj perkongsian saya dengan sahabat-sahabat pada kali ini. sehingga jumpa lagi...

wassalam...

No comments:

Post a Comment