Thursday, May 28, 2009

Indahnya Ukhuwwah kerana Allah swt.



Salam ukhuwwah saya hulurkan buat sahabat-sahabat pembaca yang dikasihi Allah s.w.t, moga kita semua senantiasa berada di bawah limpahan rahmat Allah s.w.t selalu. Alhamdulillah kali ini kita sekali lagi dapat bersua di dalam ruang ini bagi topik yang saya rasa cukup bermanfaat kepada kita, untuk kita sama-sama renung dan sama-sama kita amalkan. UKHUWWAH.



Kali ini saya ingin bawa sahabat-sahabat semua merenung hadis nabi yang berbunyi :

عن أبي حمزة أنس بن مالك - رضي الله تعالى عنه خادم رسول الله صلي الله عليه وسلم - عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : لا يؤمن احدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه . رواه البخاري ومسلم.

Bermaksud: daripada Abi Hamzah Anas bin Malik -R.A- khadim Rasulullah S.A.W- daripada Nabi S.A.W berkata : Tidak beriman diantara kamu sehingga dia mencintai saudaranya seperti dia cintakan dirinya sendiri. riwayat bukhari dan muslim.



Hadis di atas menberitahu kepada kita bahawa tidak dikira beriman kepada Allah jika kita tidak menyayangi atau menyintai saudara kita itu seperti mana kita cinta dan sayangkan kepada diri kita sendiri. Betapa besarnya nilai Ukhuwwah di sisi Allah s.w.t, mana tidaknya, dengan ukhuwwah inilah kita boleh menjadi kuat. Dengan ukhuwwah inilah kita boleh menjadi satu golongan yang mendapat naugan rahmat Allah s.w.t yang tidak terhingga banyaknya.



Di dalam Al-quran juga Allah s.w.t ada menyebut yang bermaksud:
sesungguhnya ummat islam itu bersaudara, maka perbaikkanlah diantara kedua-duanya.



Antara martabat ukhuwwah yang paling tinggi adalah al-ithar (bekorban untuk sahabat) dan martabat ukhuuwah yang paling rendah adalah salamatussadr(berlapang dada). Cuba kita perhatikan kepada diri kita, sejauh mana kita berukhuwwah dengan sahabat-sahabat kita? adakah kita dah sampai tahap ithar ataupun adakah kita selalu salamatussadr (berlapang dada) dengan sahabat-sahabat kita? moga kita semua berukhuwwah dengan sebaik-baiknya untuk mendapat redho Allah s.w.t



Alangkah indahnya ukhuwwah, jika kita berukhuwwah kerana Allah swt bukan kerana mengharapkan belas kasihan dari sahabat kita, ataupun mengharapkan kita disanjung oleh sahabat diatas kebaikan yang telah kita lakukan. Susah sangat ke kita nak memiliki sifat ukhuwwah seperti yang ditunjukkan oleh rasulullullah dan para sahabatnya? jika kita sentiasa memperbetulkan niat kita, pasti kita akan miliki apa yang mereka semua miliki. Kemanisan Ukhuwwah kita akan rasai bila kita betul-betul ikhlas menolong dan bersahabat dengan kawan kita itu kerena Allah swt.



Rasanya cukup setakat ini buat kali ini, sekadar memperingati diri saya dan juga sahabat-sahabat sekalian supaya biarlah kita berukhuwwah ini kerana Allah swt. jika sahabat kita susah, bantulah mereka tak kira kita senang atau susah. Moga kita sama-sama menjadi sahabat yang bersahabat kerana Allah swt dan memiliki sahabat yang betul berukhuwwah yang kerana Allah swt.



Sehingga jumpa lagi... Siiru ala barakatillah...

Thursday, May 21, 2009

Dimana kita sekarang?

Salam keinsafan buat sahabat-sahabat sekelian. Alhamdulillah, ada juga masa untuk saya update blog saya ini. Di dalam kepenatan pulang dari imtihan madah manahij mufassirin sebentar tadi, saya terkedu bila buka berita di harianmtero. Sedih, pilu dan menyayat hati bila baca berita ini. http://www.hmetro.com.my/Thursday/BeritaUtama/20090521052904/Article. Alangkah zalim dan berhati syaitan pembunuh ini.

Apa nak jadi dengan manusia sekarang? sanggup membunuh kerana ingin memuaskan nafsu dengan najis dadah. Ini rialiti yang berlaku di tanah air kita. Bila dah jadi tahi dadah, maka segala kerosakan akan dilakukan hingga sanggup membunuh, inilah manusia yang tiada iman dan menjadikan syaitan dan nafsu sebagai raja kepada diri. Pembunuh ditangkap dalam keadaan diri dalam pengaruh dadah. ish3 rosak betul.

Ini kes terbaru, kalau kes-kes yang lalu contoh Allahyarham Saodah dibunuh di Ketereh oleh sang peragut baru-baru ini hanya kerana RM3.00. Nurbahirah (26) dibunuh dengan kejam oleh seorang duda bekas kekasihnya hanya kerana mahu memutuskan perhubungan. Kita mendengar kes anak gadis dijadikan habuan seks oleh bapa kandung dan abang kandung sendiri.Tak cukup dengan jenayah kebinatangan itu, si gadis di sapu pulak oleh rakan si bapak! Berita bayi dibuang merata tempat..dalam tong sampah, dalam surau, di taman pernainan kanak-kanak, di tepi jalan, dalam tandas awam malahan disorok almari pun ada.

Parahnya dunia sekarang, dimana nilai-nilai murni mereka? dimana letaknya maruah mereka ini? yang pasti semua ini berlaku kerana diri telah tiada langsung iman dan taqwa dalam jiwa mereka. Astaufirullahalazim... sama-samalah kita memohon moga Allah memelihara kita semua dari mala petaka yang kebinatangan ini. Moga nikmat iman dan islam dalam jiwa kita tidak ditarik oleh Allah.

Sebenarnya ALLAH swt telah memberi amaran jelas kepada kita.. (apabila kamu meninggalkan hukum hakam dan syariat ALLAH, tunggulah hari dimana perasaan rahim dan belas ehsan akan dicabut dari hati manusia, sehingga ia berkelakuan saperti haiwan).

Inilah fenomena yang sedang kita lihat berlaku depan mata kita hari ini. Dan yang paling malang, ianya berlaku dikalangan bangsa Melayu yang Al Quran ada ditangannya, yang selalu diframekan, selalu di
musabaqahkan, selalu ditadaruskan..tetapi mereka sedikitpun tidak mengamalkan nya.
Malahan mereka mencemuh Al Quran; mendakwa hukum-hakam ALLAH sudah tidak sesuai dilaksanakan, malah kalau dilaksanakan akan banyaklah restoran menghidangkan sup tangan, maka akan terbantutlah pembangunan kerana kurangnya batu yang diguna untuk merejam pesalah.

Hari ini, dicelah-celah menara kayangan Melayu, disamping kerlipan pembangunan mahahebat Melayu..kita melihat keruntuhan akhlak dan kerosakan moral yang parah dikalangan bangsa kita sendiri.

Beginilah cabaran yang berada dihadapan kita semua, oleh itu marilah sama-sama kita merenung kembali apa tujuan kita berada didunia ini. Apa yang Allah firmankan dalam al-quran yang bermaksud: (tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku). inilah tujuan kita hidup didunia yang penuh dengan cabaran dan dugaan ini. Sama-samalah kita sedari dan insafi di atas kesilapan diri yang telah lalu agar kita jadi lebih kuat untuk mengharungi hari-hari yang mendatang.

Jawapan dari kesemua ini adalah kembalilah mentauhidkan ALLAH, hiduplah menurut syariat Islam, patuhilah sunnah Rasul, dan jadilah seorang Muslim yang benar-benar bertaqwa dan beriman kepada ALLAH.
Moga ALLAH mengampuni kita semua dan memberi kekuatan kepada kita untuk beriman dan beristiqomah dalam menjalani kehidupan sebagai Muslim yang hakiki. Aminnn...

setakat ini sahaj perkongsian saya dengan sahabat-sahabat pada kali ini. sehingga jumpa lagi...

wassalam...

Saturday, May 16, 2009

selamat hari guru buat tenaga pendidik...


Selamat hari guru buat semua tenaga pendidik di seluruh sekolah di Malaysia, khususnya kepada guru-guru yang mengajar saya di Maahad YAAKUBIAH Nipah Bachok. Tak ternilai banyaknya jasa kalian semua dalam mendidik insan kerdil ini menjadi insan berilmu. Moga segala penat lelah kalian semua dibalas dengan pahala dan rahmat yang melimpah ruah dari Allah swt.

Gambar-gambar di atas ini adalah sebahagian dari tenaga pendidik di Maahad Yaakubiah nipah. Sekadar kenangan bersama mereka. yang penting, sama-sama kita doakan moga mereka tergolong dalam golongan yang mendapat Rahmat Allah swt. amin...

Mulianya kalian menjadi seorang guru yang tak pernah jemu mendidik kami anak-anak murid yang kejahilan dan kedegilan. Walaupun kami jahil dan degil, kalian tetap tabah mendidik dan membimbing kami mejadi insan beruguna. Terima kasih kerana mendidik kami sehingga kami berjaya. Tanpa dorongan,didikan dan pembelajaran dari kalian, kami tidak akan berjaya ke menara gading yang kami cita-citakan sejak kecil lagi.

Ucapan terima kasih saya ucapkan buat kalian semua kerana sudi mendidik saya bermula dari tinggkatan peralihan 1 hinggalah ke tingkatan 6 atas. begitu lama saya belajar di Maahad Yaakubiah ini, sudah tentu sejuta kenangan telah terukir di maahad yaakubiah yang saya cintai ini.

Seperti yang kita maklum, guru yang pertama mendidik kita adalah ibu bapa kita. Manakala guru yang kedua adalah guru-guru yang mengajar kita di sekolah. Inilah guru yang banyak mendidik kita untuk berjaya menjejakkan kaki IPTA dan juga IPTS. Alhamdulillah. terima kasih guru-guruku.

Kadang-kadang saya juga terfikir, ada dikalangan pelajar yang tidak berjaya masuk ke IPTA atau IPTS, adakah ini kegagalan guru yang mendidik? atau kesalahan pelajar itu sendiri? jawabnya adalah kerana pelajar itu sendiri yang tak bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita mereka itu, adapun mereka yang dah berusaha melakukan yang terbaik dalam setiap ujian yang dilalui yang masih belom diberi peluang masuk ke IPTA atau IPTS, yakinlah bahawa Allah masih belum memberi peluang kepada kalian. InsyaAllah, kejayaan pasti akan bersama dengan kalian jika kalian menggandakan usaha kalian dalam menuntut ilmu.

Apapun yang penting adalah ikhlaskan niat kita kerana Allah swt dalam menuntut ilmu. Sekiranya kita ikhlas dalam menuntut ilmu, insyaAllah, kejayaan dan keberkatan ilmu akan kita dapat dari Allah swt.

Ucapan saya ini juga saya tujukan buat kawan-kawan saya yang dah bergelar guru. Moga kalian semua tabah dalam mendidik anak bangsa menjadi insan berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia. Didiklah mereka hingga mereka berjaya dalam pelajaran dan cemerlang dalam akhlak. Moga kalian semua menjadi guru yang paling dihormati oleh pelajar-pelajar kalian.

Semoga kita semua mendapat keberkatan dalam menuntut dan menyampaikan ilmu Allah swt kepada mereka yang memerlukan...

Siru ala barakatillah...

Wednesday, May 13, 2009

Masuk Syurga kerana rahmat Nya.

Salam imtihan buat sahabat-sahabat yang sedang imtihan. Moga kita semua dapat memberi jawapan yang terbaik untuk imtihan kali ini.

Alhamdulillah, telah lama tak update blog saya, jadi baru sekarang boleh nak post yang baru. Kali ini saya nak kongsi dengan sahabat-sahabat tentang rahmat Allah swt. Kita semua telah maklum bahawa rahmat Allah swt kepada kita sangat luas. Contoh paling dekat sekali adalah apa yang ada pada diri kita. Mata yang boleh melihat, hati yang boleh menilai, mulut yang boleh bercakap, hidung yang boleh bernafas, jari yang boleh untuk menaip:) alangkah luasnya rahmat Allah ke atas kita.

Adakah kita semua sedar semua ini? mungkin ada yang sedar dan ada yang buat-buat tidak sedar. Apapun, tugas kita adalah menyedarkan mereka yang masih tidak sedar dengan rahmat yang Allah kurniakan kepada kita.

Allah swt telah memberi kesihatan tubuh badan kepada kita untuk kita beribadat kepada Nya, memberi akal fikiran kepada kita untuk berfikir tentang kebesaran Allah. Tetapi begitu ramai yang alpa dan leka serta lupa dengan nikmat dan rahmat Allah ini, ramai yang sihat tidak beribadat kepada Allah swt, malah sering melakukan maksiat serta derhaka kepada Allah swt. Sedih dengan ummat manusia sekarang yang tidak sedar diri melakukan maksiat dan kerosakan di muka bumi ini. Sama-samalah kita kembali kepada Allah swt.

Teringat pada sebuah cerita yang pernah saya baca dalam kitab dan juga yang pernah saya dengar melalui kuliah maghrib semasa di kampung saya sebelum keberangkatan saya ke bumi Mesir ini. Ingin saya kongsi dengan sahabat-sahabat pembaca semua tentang apa yang saya dapat dari kuliah maghrib tu dan hasil bacaan dari kitab kecil itu.

Antaranya ialah:

Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka.” (Riwayat Muslim)


Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Dari Rasulullah saw. bahwa beliau bersabda: Tidak seorang pun di antara kalian yang akan diselamatkan oleh amal perbuatannya. Seorang lelaki bertanya: Engkau pun tidak, wahai Rasulullah? Rasulullah saw. menjawab: Aku juga tidak, hanya saja Allah melimpahkan rahmat-Nya kepadaku akan tetapi tetaplah kalian berusaha berbuat dan berkata yang benar

Dalam satu kisah ada seorang lelaki yang telah mengasingkan dirinya di sebuah pulau dan bersembahyang selama 500 tahun.Setiap hari dia makan sebiji delima dari pohon yang terdapat di pulau itu.Di hari Kiamat setiap manusia ditanya 2 soalan “Apa kamu buat” (apa pekerjaan kamu) dan “apa kamu bawa”? Lalu lelaki itu menceritakan bahawa dia membawa amalan sembahyangnya selama 500 tahun. Allah bertanya kepadanya “Kamu nak masuk syurga ini dengan amalan kamu atau dengan kasihan belas aku”?. Jawab lelaki itu “Dengan amalanku”.
Allah bertanya kepadanya “Siapa yang mendorong kamu untuk mengasingkan diri ke pulau untuk bersembahyang selama 500 tahun. Jawab lelaki itu “kamu Ya Allah”.
Allah bertanya kepadanya “Siapa yang beri kamu makan selama 500 tahun kamu mengasingkan diri. Jawab lelaki itu “kamu Ya Allah”.
Allah bertanya kepadanya “Siapa yang beri kamu anggota untuk bersembahyang selama 500 tahun kamu mengasingkan diri. Jawab lelaki itu “kamu Ya Allah”.
Allah berfirman, “amalan kamu semuanya datang dari aku. Tiada satu pun dari kamu. Maka kamu hanya layak masuk syurga dengan rahmatku”. Akhirnya setujulah lelaki itu bahawa amalannya tidak cukup untuk memasukkannya ke syurga tanpa rahmat dan kasihan belas dari Allah.

Subhanallah, maha suci Allah yang menciptakan sekelian makhluk di dunia ini. Betapa berharganya rahmat Allah swt kepada kita hambaNya. Jadi jangan ingat kita boleh masuk syuga itu dengan amal yang kita lakukan, dan jangan pula berharap nak masuk syurga tanpa membuat amal kepada Allah. Sebab itu kita di ajar supaya ikhlaskan niat kerana Allah swt dalam setiap perkara amal ibadat yang kita lakukan supaya segala amal yang kita kerjakan itu sampai kepada Allah swt..

Rasanya cukup sekadar ini sahaja perkongsian saya dengan sahabat-sahabat buat kali ini,

Sehingga kita berjumpa lagi... Siiru ala barakatillah...

Tuesday, May 5, 2009

"FLU BABI" : TINGKAT PENYEBARAN & TINDAKAN PREVENTIF PENCEGAHANNYA

alhamdulillah, sekali lagi kite bersua, saya terbaca satu perkara yang berlaku sekarang. isitu flu h1n1.

so saya ingin kongsi dengan sahabat2 pembaca sekelian. moga yang baik itu kita sama-sama ambil manfaat..

apa yang penting pergantungan kikita kepada Allah swt. tu yang penting dlm setiap perkara yang kita hadapi...

"FLU BABI" : TINGKAT PENYEBARAN & TINDAKAN PREVENTIF PENCEGAHANNYA

APAKAH FLU BABI ITU?
Flu babi adalah penyakit saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus yang sangat menular, ada tiga jenis virus (A, B, C) yang dapat mengubah (change), dan ada beberapa subtipe. Dan yg terpenting
diketahui adalah karena ia mampu menyerang semua usia, dan lokasi dalam mutasi-mutasi virus yg sering menyebabkan komplikasi serius dan bahkan kematian pada banyak orang, sering terjadi pada anak-anak dan orang tua.

APAKAH FLU ITU SAMA DG FLU BIASA YG DISEBABKAN UDARA DINGIN?
Tidak, walaupun keduanya adalah pernafasan akut dan gejala penyakit yang umum, maka mahluk yg kecil yang menyebabkan flu babi berbeda dengan flu biasa (common cold-influenza) .

BAGAIMANA CARA KERJA FLU BABI MENULARKAN?
Dari orang ke orang melalui secretions (proses pengeluaran) dari mulut dan hidung (batuk, bersin, berbicara, bernyanyi) atau kontak langsung (tangan, walau tidak terkena lendir/ludah pasien. Sangat contagious/menular (3-7 hari setelah gejala awal) dan risiko yang lebih tinggi jika terjadi di ruang tertutup (kamar, nurseries/ruang perawatan, sekolah, perawatan di rumah, ruang darurat, dll). Dapat menjadi epidemi/pandemi ke seluruh dunia dalam waktu 3 sampai 6 bulan.

BAGAIMANA MENGENALI GEJALA ORANG TERKENA FLU BABI?
* Demam lebih dari 38 ° C.
* Sering batuk dan intens.
* Sakit kepala.
* Kurang nafsu makan.
* Hidung tersumbat/sengau
* Lain-lain rasa tidak enak.

BAGAIMANA MENDIAGNOSA "FLU BABI"?
Kita perlu belajar bagaimana seorang dokter melakukan pemeriksaan klinis secara rinci mengenai latar belakang dan pemeriksaan terhadap pasien-pasien lain, kontak pasien dg orang lain dan perjalanan pasien (kemana saja?).
Diagnosis terhadap virus dengan mengidentifikasi secretions/pengelua ran dari hidung atau pangkal tenggorokan (virus isolasi) selama 24-72 jam pertama inisiasi penyakit, atau melalui pengecekan darah untuk mengidentifikasi zat antibodi-nya.

APAKAH "FLU BABI" BISA BERKOMPLIKASI (DENGAN PENYAKIT LAIN)?
Ya, gambaran tentang flu babi nampak tidak terkenali (sebelumnya) dan tidak terkait dengan penyakit lainnya namun dapat menghasilkan komplikasi, terutama pernafasan (otitis, sinusitis, rhinitis, radang paru-paru, Bronchopneumonia, merintangi radang tenggorokan) , jantung atau bahkan kematian, sering terpantau menjadi penularan yg meluas atau epidemik.
Sangatlah penting untuk memantau anak-anak jika menerima pengobatan aspirin (mungkin encephalitis) .

ADAKAH PELUANG MENGOBATI PENYAKIT FLU BABI?
Flu babi disebabkan oleh virus, dan belum ada obat yg manjur utk menuntaskannya, tetapi ada obat yang berfungsi utk mengurangi/memperla mbat laju kegawatan penyakit, memperpendek dan mengurangi gejala-gejala jika masih terpantau dalam waktu 48 jam pertama rasa sakit. Penggunaan obat-obatan adalah sangat sensitif, hanya dokter dapat menentukan apakah pasien harus dirawat sebab mereka juga tidak bebas menjalani kontak dg manusia lain (yg tidak terinfeksi virus).

BAGAIMANA SAYA DAPAT MENCEGAH FLU BABI?
Ada vaksin sebagai cara terbaik untuk mencegah flu jenis ini, maka setiap tahunnya telah disiapkan dengan mempertimbangkan jenis virus yang beredar di dunia, tetapi tidak (terlalu) baik bagi orang-orang yang alergi terhadap protein telur, sebuah pengalaman serius mengenai reaksi terhadap vaksin pernah dialami pada peristiwa "Guillain-Barre syndrome" (enam bulan setelah vaksinasi).

PANDUAN KEPADA MASYARAKAT UMUM:

* Hindari kontak dengan orang-orang yang memiliki infeksi pernafasan flu babi.
* Jangan menyapa atau mencium tangannya.
* Jangan berbagi makanan, penggunaan cangkir, piring, atau peralatan makan lainnya.
* Berikan kebebasan sinar matahari memasuki ruang dalam rumah, kantor, dan ruang-ruang tertutup lainnya (utk membakar virus).
* Jaga ruang dapur, kamar mandi, handle pintu, railings/pagar tangga, mainan anak-anak, telepon atau artikel-artikel/ majalah yg digunakan tetap dalam keadaan BERSIH.
* Jika terjadi demam mendadak, batuk-batuk, sakit kepala, sakit pada otot dan sendi, segera periksakan diri ke dokter atau unit kesehatan yg ada.
* Hangatkan badan dan hindari perubahan suhu mendadak (yg menyebabkan ketidakseimbangan tubuh sehingga menjadi flu).
* Makan buah-buahan dan sayuran yang kaya vitamin A dan C (wortel, pepaya, jambu biji, jeruk, jeruk kepruk, jeruk, lemon dan nanas).
* Seringlah mencuci tangan dengan sabun dan air.
* Hindari berkecimpung dalam lingkungan terkontaminasi virus tsb.
* Tidak merokok di tempat tertutup atau di dekat anak-anak, orang tua atau pasien.
* Ke dokter segera jika menemui/mengalami gejala-gejala.

APA LANGKAH-LANGKAH YANG DIREKOMENDASIKAN UNTUK MEREKA YANG MENDERITA FLU?

* Tinggal di rumah, menghindari pergi ke pusat-pusat kerja, sekolah atau tempat di mana terdapat konsentrasi orang (teater, bioskop, bar, bis, metro, klub malam, pesta, dll). Ini akan mencegah menjangkiti
orang lain melalui Anda.
* Tutup mulutdan hidung dengan tisu/saputangan ketika berbicara, batuk, bersin. Ini akan mencegah orang-orang di sekitar anda menjadi sakit.
* Hindari menyentuh mata, mulut dan hidung orang lain utk menghindari virus menyebar
* Flu dapat dicegah melalui penerapan vaksin yang disiapkan sesuai dengan jenis virus yang beredar di dunia), harus mendapatkan divaksinasi setiap tahun.
* Hindari debu, asap bergerak dan zat lainnya yang dapat mengganggu pernafasan dan membuat anak-anak lebih rentan terhadap penyakit.
* Gunakan cubrebocas, buang tisu hasil bersin ke kantong plastik dan bersinlah di ujung ruangan (jauh dari orang lain).
* Jika setelah 24 jam tanpa gejala, Anda dapat bekerja normal kembali.

Terakhir Diperbaharui:
Jumat 24 Apr 2009 pada 13:15 oleh Sweet Buenrostro (staf Departemen Kesehatan Mexico).

Diterjemahkan oleh Noprizal Erhan pada 28 April 2009 dari sebuah artikel berbahasa Spanyol di situs Departemen Kesehatan Mexico :
Secretaría de Salud Edificio Sede

Monday, May 4, 2009

mari kita sama-sama lakukan...


1 minit untuk mengingat Allah


Langkah 1:

* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

سبحان الله
SUBHANA'LLAH


الحمدالله
ALHAMDULI'LLAH


لا اله الا الله
LAA I LAAHA ILLA'LLAH


الله اكبر
ALLAHU AKBAR

استغفر الله
ASTAGHFIRU'LLAH


لا اله الا الله محمد رسول الله
LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH


اللهم صلي وسلم وبارك على سيدنا محمد وعليه وصحبه اجمعين
ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALASAYYIDINA
MUHAMMAD WA AALIHI WA SAHBIHI AJMA'EEN


Langkah 2:

* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat,
perkataaan demi
perkataan


Langkah 3:


* sampaikan pesanan ini kepada sekurang-kurangnya 7 orang
yang anda kasihi..


Hasil 1:

* Dalam tempo satu jam anda telah berjasa mengajak
mereka untuk
* mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.


Hasil 2:

* Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak
mereka untuk
* mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.


Hasil 3:

* Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah
mendoakan
* kesejahteraan untuk kamu dan di-AMIN-kan oleh para
Malaikat.

semoga ia bermanfaat untuk kita semua...

Saturday, May 2, 2009

Sebelas tahun ku tiada doa darimu 3 MEI 1998 - 3 MEI 2009

Alfatihah buat arwah bonda tersayang dialam barzakh sana. moga roh bonda dicucuri rahmat oleh Allah swt, dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

masih segar dalam ingatanku saat aku kehilangan dirimu bonda. tangal 3 mei 1998, inilah hari yang paling menyedihkan diriku sekeluaga apabila orag orang amat ku sayangi pergi meninggalkan kami sekeluarga. inilah takdir Allah, setiap yang muda pasti akn tua, yang baru pasti akan buruk,begitu juga kita sebagai hamba Allah yang bernyawa ini pasti akn mati. sudahkah kita bersedia utk mati? apapun, kite kena redha ngan ketentuan ilahi.

Dah 11 tahun rupanya arwah bonda pergi. moga arwah bonda mendapat rahmat Allah selalu. 11tahun lepas bonda pergi, mana tau hari ni atau esok aku pula. Apapun, yang pergi takkan kembali lagi.

Sering kali aku menangis bila mengenangkan anak-anak yang derhaka kepada ibu bapa, tidakkah mereka fikir betapa susah payah ibubapa mereka mendidik, menjaga, membesarkan mereka dengan keringat yang ada utk melihat anak mereka menjadi anak yang soleh dan boleh memberi manfaat kepada islam.

ya Allah, jadikanlah aku anak yang soleh yang boleh memberi bantuan kepada kedua ibubapaku di alam barzakh sana seperti mana sabda nabi saw yang bermaksud:

(apabila mati seseorang anak Adam itu, maka terputuslah segala amalan mereka kecuali 3 perkara, sedekah jariah,ilmu yang memberi manfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kedua ibubapanya.)

Ya Allah, aku sedar, diriku hanyalah seorang anak yang lemah, hamba yang hina disisiMu, namun ku hanya mampu berdoa dan meminta kepadamu ya Allah agar engkau memberikan rahmat kepada kedua ibubapaku, agar engkau melepaskan mereka berdua dari azab kubur Mu ya Allah. sesungguhnya hanya Engkau sajalah ya Allah yang mempu menerima doaku ini. aminn

Dah sebelas tahun aku kekeringan belaian manja seorang ibu, dah sebelas tahun aku tiada doa dari seorang ibu yang mengiringi hidupku. kadang-kadang aku pelik dengan mereka yang masih ada ibu, tapi tidak menjadikan ibu mereka sebagai sumber motovasi kepada diri untuk berjaya dalam hidup. sedetik bersama ibu adalah amat berharga. seutas doa dari ibu amat bernilai kepada seorang anak. secebis nasihat amat bermanfaat kepada seorang anak. oleh itu berbaktilah kepada mereka selagi mereka masih ada.

Tadahlah telinga untuk di leteri, angkatlah kedua belah tangan untuk berdoa kepada Nya supaya Allah memganjari mereka dengan Rahmat yang tidak ternilai banyaknya.

Serangkap doa yang masih aku ingat ketika arwah bonda masih hidup yang diajar oleh bonda iaitu :

اللهم اغفرلي ولوالدي وارحمهما كما ربياني صغيرا

inilah doa yang diajar oleh arwah ibuku kepadaku satu ketika dahulu. moga sama-samalah kita mendoakan kedua ibubapa kita.

moga perkongsian saya kali ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. lebih-lebih lagi kepada mereka yang ibubapa masih hidup.

sehingga ketemu lagi.

alfatihah buat arwah bonda Zainab bt Daud arwah ayahanda Abdullah bin Awang:)
alfatihah...

pesanan buat yang tersayang

salam ukhuwwah pembuka bicara saya ucapkan buat pembaca sekalian. dah lama tak update blog saya neh, mungkin dengan kesibukan yang melanda diri dengan tugasan harian. insyaAllah selagi ade peluang selagi itulah saya akn cuba untuk update blog saya ni walaupun dengan bahasa chating ym. takpe asalkan pembaca senang membacanya dengan bersahaja.

kali ini saya ingin kongsi dengan sahabat-sahabat semua tentang niat. dalam matan arbain nawawi, hadis yang pertama menyatakankan tentang niat. (sesungguhnya perbuatan itu mesti disertai dengan niat) panjang lagi lah hadis ni. jadi, penting disini adalah setaip perkara ibadah yang kita nak lakukan tu mestilah dengan niat, sekiranya kita tidak sertai dengan niat maka ia adalah sia-sia.

alhamdulillah, bagi mereka yang terpesong niat, maka hendaklah memperbetulkan niat mulai skarang agar segala amal ibadat yang kita lakukan tidak sia-sia di sini Allah swt. kita sebagai pelajar, maka hendaklah kita niatkan kita belajar ni adalah ikhlas kerana Allah swt. untuk kita gunakan dalam kehidupan harian kita. kalau pelajar perubatan, hendaklah ikhlaskan niat belajar ilmu Allah kerana Allah swt demi untuk berbakti kepada Allah swt. begitu juga dengan pelajar-pelajar dirasat(pengajian islam), hendaklah ikhlaskan niat kerana Allah swt dalam menuntut ilmu Allah swt ini. bila dah dapat ijazah,maka tanggungjawab kita semua adalah amanah dengan ilmu yang Allah swt kurniakan kepada kita.buakan kita mencari ilmu ini kerana semata-mata nak bekerja besar.bergaji mewah dansebagainya, tujuan utama kita menuntut ilmu ini adalah untuk menjadikan hidup kita lebih sempurna lagi.

sekarang apa yang kita dapati adalah ramai dikalangan pelajar sekarang menuntut ilmu adalah kerana ibubapa yang menyuruhnya menuntut ilmu, ada yang belajar kerana melihat masa depan yang tidak terjamin sekiranya tak mempunyai segulung ijazah, ada yang belajar semata-mata kerana nak isi masa kosong. banyak alasan dan sebab yang diberikan. apapun yang penting hendaklah kita ikhlaskan niat belajar dan menuntut ilmu ini kerana Allah swt. jika kita takde niat ini, maka sia-sialah kita belajar dan menuntut ilmu jauh-jauh.

zaman sekarang cemerlang dalam akademik itu menjadi perlumbaan dikalangan pelajar dan juga dikalangan guru-guru di sekolah. ini adalah satu perkara yang betul, tapi satu yang tertinggal, apa dia? yang tertingal adalah akhlak. kecemerlangan akademik yang tidak disertai dengan kecemerlangan akhlak adalah satu yang sia-sia. so kecemerlangan akhlak adlah satu elimen penting dalam pendidikan.

semakin hari semakin ramai pelajar yang tak dengar cakap guru, melawan kata-kata ibubapa, bergaduh disekolah, terlibat dengan gejala yang tidak bermoral dan sebangainya yang tidak berakhlak.. umor 15tahun dan mengandung anak luar nikah, umar 15 tahun dan pandai merompak, belasan tahun dah jadi penagih dadah, belasan tahun dah jadi pelacur dan sebagainya. kenapa ini semua berlaku? ini adalah tidak lain dan tidak bukan adalah kerana kurangnya didikan agama dan kerana tidak diasuh dengan akhlak yang mulia. jadi tidak hairan lah jika kita tengok ramai pelajar yang bijak pandai tidak hormat ibubapa, tidak hormat guru-guru, terlibat dengan gejala yang tidak sihat dan terlibat dengan pergaulan bebas yang melampau, sebab nya adalah kurangnya didikan akhlak islam dalam pembelajaran.

so sama-samalah kita berusaha membantu sahabat kita yang masih dalam kenhanyutan dunia yg sementara ini. dan juga kita sama-sama berdoa agar Allah bagi kekuatan kepada kita untuk menyatakan kebenaran dan menegah kemungkaran..

sampai disini dahulu untuk kali pesanan buat yang tersayang...

siirualabarakatillah..

wassalam.