Wednesday, May 13, 2009

Masuk Syurga kerana rahmat Nya.

Salam imtihan buat sahabat-sahabat yang sedang imtihan. Moga kita semua dapat memberi jawapan yang terbaik untuk imtihan kali ini.

Alhamdulillah, telah lama tak update blog saya, jadi baru sekarang boleh nak post yang baru. Kali ini saya nak kongsi dengan sahabat-sahabat tentang rahmat Allah swt. Kita semua telah maklum bahawa rahmat Allah swt kepada kita sangat luas. Contoh paling dekat sekali adalah apa yang ada pada diri kita. Mata yang boleh melihat, hati yang boleh menilai, mulut yang boleh bercakap, hidung yang boleh bernafas, jari yang boleh untuk menaip:) alangkah luasnya rahmat Allah ke atas kita.

Adakah kita semua sedar semua ini? mungkin ada yang sedar dan ada yang buat-buat tidak sedar. Apapun, tugas kita adalah menyedarkan mereka yang masih tidak sedar dengan rahmat yang Allah kurniakan kepada kita.

Allah swt telah memberi kesihatan tubuh badan kepada kita untuk kita beribadat kepada Nya, memberi akal fikiran kepada kita untuk berfikir tentang kebesaran Allah. Tetapi begitu ramai yang alpa dan leka serta lupa dengan nikmat dan rahmat Allah ini, ramai yang sihat tidak beribadat kepada Allah swt, malah sering melakukan maksiat serta derhaka kepada Allah swt. Sedih dengan ummat manusia sekarang yang tidak sedar diri melakukan maksiat dan kerosakan di muka bumi ini. Sama-samalah kita kembali kepada Allah swt.

Teringat pada sebuah cerita yang pernah saya baca dalam kitab dan juga yang pernah saya dengar melalui kuliah maghrib semasa di kampung saya sebelum keberangkatan saya ke bumi Mesir ini. Ingin saya kongsi dengan sahabat-sahabat pembaca semua tentang apa yang saya dapat dari kuliah maghrib tu dan hasil bacaan dari kitab kecil itu.

Antaranya ialah:

Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka.” (Riwayat Muslim)


Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Dari Rasulullah saw. bahwa beliau bersabda: Tidak seorang pun di antara kalian yang akan diselamatkan oleh amal perbuatannya. Seorang lelaki bertanya: Engkau pun tidak, wahai Rasulullah? Rasulullah saw. menjawab: Aku juga tidak, hanya saja Allah melimpahkan rahmat-Nya kepadaku akan tetapi tetaplah kalian berusaha berbuat dan berkata yang benar

Dalam satu kisah ada seorang lelaki yang telah mengasingkan dirinya di sebuah pulau dan bersembahyang selama 500 tahun.Setiap hari dia makan sebiji delima dari pohon yang terdapat di pulau itu.Di hari Kiamat setiap manusia ditanya 2 soalan “Apa kamu buat” (apa pekerjaan kamu) dan “apa kamu bawa”? Lalu lelaki itu menceritakan bahawa dia membawa amalan sembahyangnya selama 500 tahun. Allah bertanya kepadanya “Kamu nak masuk syurga ini dengan amalan kamu atau dengan kasihan belas aku”?. Jawab lelaki itu “Dengan amalanku”.
Allah bertanya kepadanya “Siapa yang mendorong kamu untuk mengasingkan diri ke pulau untuk bersembahyang selama 500 tahun. Jawab lelaki itu “kamu Ya Allah”.
Allah bertanya kepadanya “Siapa yang beri kamu makan selama 500 tahun kamu mengasingkan diri. Jawab lelaki itu “kamu Ya Allah”.
Allah bertanya kepadanya “Siapa yang beri kamu anggota untuk bersembahyang selama 500 tahun kamu mengasingkan diri. Jawab lelaki itu “kamu Ya Allah”.
Allah berfirman, “amalan kamu semuanya datang dari aku. Tiada satu pun dari kamu. Maka kamu hanya layak masuk syurga dengan rahmatku”. Akhirnya setujulah lelaki itu bahawa amalannya tidak cukup untuk memasukkannya ke syurga tanpa rahmat dan kasihan belas dari Allah.

Subhanallah, maha suci Allah yang menciptakan sekelian makhluk di dunia ini. Betapa berharganya rahmat Allah swt kepada kita hambaNya. Jadi jangan ingat kita boleh masuk syuga itu dengan amal yang kita lakukan, dan jangan pula berharap nak masuk syurga tanpa membuat amal kepada Allah. Sebab itu kita di ajar supaya ikhlaskan niat kerana Allah swt dalam setiap perkara amal ibadat yang kita lakukan supaya segala amal yang kita kerjakan itu sampai kepada Allah swt..

Rasanya cukup sekadar ini sahaja perkongsian saya dengan sahabat-sahabat buat kali ini,

Sehingga kita berjumpa lagi... Siiru ala barakatillah...

2 comments:

  1. "Rahmat Allah tiada siapa yang tau"~...

    buat admin,salam imtihan..
    semoga dipermudahkan segala urusan~

    ReplyDelete
  2. barang siapa yang Allah ingin kan kebaikkan padanya maka akan Allah berikan jalan kebaikkan padanya....so kat cni jugak boleh dikaitkan hanya dengan kehendak Allah jua lah seseorang itu beroleh manfaat berbentuk rahmat......

    ReplyDelete