Thursday, March 25, 2010

laparkah kita?







salam selamat untuk semua...

Laparkah kita?

Satu persoalan yang saya lontarkan untuk sama-sama kita fikir dan sama-sama kita hisab untuk kebaikan kita bersama...

bila perut kita kosong, maka kita akan mengisi perut kita itu dengan makanan lazat dan sedap yang sedia terhidang unuk kita makan. bagus dan tepat sekali tindakan kita. ini adalah tuntutan zahir sahaja. bagaimana dengan tuntutan batin kita?

adakah kita lapar bila kita fikir tentang amalan kita? adakah kita lupa bahawa batin kita uga perlukan makanan, dan juga pengisian..

maknan untuk batin kita bukan lah susah sangat untuk kita isi. mudah didapati dan senang untuk diamalkan...

tapi berapa ramai dikalangan kita hari ini lapar dan lahap kepada amalan kebaikan? moga kite tergolong dalam golongan yang lapar dan lahap kepada amalan kebaikan..

Tuesday, March 16, 2010

Hati...




hati...
satu ketul darah,
satu perkara yang paling sensitif,
makhluk Allah semuanya mempunyai hati,

manusia dan haiwan...
dua makluk yang mempunyai hati.
tapi dua makhluk ini ada perbezaannya.

haiwan,
hatinya memang tidak sehebat hati manusia.

manusia,
memang mempunyai hati yang cukup baik dan sempurna.
dengan hati inilah Allah swt memberi ketenangan kepada manusia.
dengan hati jugalah manusia boleh melakukan semua perkara.

nabi pernah bersabda:

dalam diri manusia ada seketul darah, sekiranya baik ia, maka baiklah seluruh jasadnya, sekiranya rosak ia,maka rosaklah seluruh jasadnya, darah itu adalah hati.

pentingnya kita dalam menjaga hati.

boleh ditafsirkan kepada dua jenis.

rohani dan jasmani.

dari segi jasmani adalah, jika hati kita yang mempunyai penyakit, atau berpenyakit atau sengaja mencari penyakit hati, maka seluruh jasad kita tidak akan dapat berfungsi dengan baik,

jika kita menjaga hati kita dengan baik, seperti makan makanan yang berkhasiat, tidak hisap dadah,ganja,rokok, dan sebagainya yang merosakkan hati, maka seluruh jasad kita akan baik.

ini adalah tafsirah untuk anggota tubuh badan.

tafsiran bagi rohani pula...

hati mestilah kita jaga, kerana hatilah melambangkan keperibadian seseorang, jika hati sentiasa melakukan dosa dan maksiat, maka kita akan jauh dari petunjuk Allah.
jika hati kita kita jaga dengan baik dan dengan penuh keimanan, maka cahaya ALlah pasti akan bersama dengan kita.

moga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk menjaga hati kita semua agar tidak tergolong dalam golongan yang melakukan kemaksiatan kepada Allah.. dan moga Allah golongkan kita dlm golongan yang mendapat hidayah Allah swt..

Saturday, March 13, 2010






Kehidupan,

ia bermula dengan satu ikrar,
ikrar di luh mahfuz,
bahawa Allah adalah Allah,
tidak ada tuhan melainkan Allah.

berikrar lagi,
setiap hamba pesti akan taat pada Allah,
tidak akan melakukan kerosakan didunia.
banyak sangat yang diikrarkan...

kini,
bila lahir kedunia,
sang ayah mula mendendangkan
kalimah agung
Allahu akbar di telinga,
kalimah keramat nan agung,
mengapa tidak sang ayah menyanyi lagu mawi atau era tau lagu orang putih ketelinga sebaik dilahirkan?

bila umur makin bertambah,
seminggu, sebulan, 6bulan,
setahun,2tahun, 3tahun hingga 5tahun.
di usia ini di peluk,dikucup,ditatang,
diasuh,diusap dandimanja.
kerana diri tidak lagi mengerti aturan alam,
diri hanya tahu ingin merasai setiap apa yang berada dihadapan.
dan juga ingin dikasihi dan di belai.

bila meningkat kepada umur 6 hingga 12 tahun,
manusia di didik dan si asuh di sekolah, bagai mana mengenal huruf A B C
mengenal nombor 1 2 3,
tidak dilupakan juga
di ajar untuk mengenal Allah.

.....

Friday, March 5, 2010

hisab diri...

sekudus doa suci ku panjatkan buat Mu yang maha berkuasa, yang maha pengampun. aku sedar siapa diriku yang hina dina ini ya Tuhan. aku bermoha kepada Mu ampun kan dosa yang telah aku lakukan. juga aku bermohon dan mengharap moga Kau lapangkan dadaku dalam menempuhi segala ujian dari Mu yang maha menguji.. amen...


Ya Allah ya tuhan ku... aku lemah ya Allah...
kau ampunkan segala kesalahan yang telah aku lakukan ya Allah.
hanya padaMu sahaja tempat aku bermohon dan berserah ya Allah.


salam...

moga semua sahabat-sahabat dalam keadaan sihat dan sejahtera dibawah rahmat Allah swt.

dunia yang sedang kita huni sekarang dalam kepenatan, kepenatan untuk memikul dosa dan noda yang telah bergunong-gunong yang telah manusia lakukan...

setiap detik manusia melakukan kerosakan dan kejahatan tanpa memikirkan balasan yang Allah sediakan pada hari pembalasan...

sedih,pilu dan bermacam-perasaan bercampur baur dalam jiwa bila mengenangkan ummat yang makin hari makin melupakan asal usul diri dan tangungjawab. agaknya mereka tidak terfikir adanya hari pembalasan...


ya Allah ya tuhan ku,
aku tak layak masuk syurga Mu,
namun tak pula aku sanggup menghadapi api neraka Mu,
terimalah taubatku, dan ampunkan dosa-dosaku,
sesungguhnya Engkau maha pengampun dosa hamba-hamba Mu...