Wednesday, December 8, 2010

menghayati luahan hati dia...


kenangan bersama takkan ku lupa, buat tapei beras pulut.


Maha CintaMu

by Abuabdullah Mohamad on Monday, 06 December 2010 at 09:00


Subhanallah.. saat kesepian menghimpit ruang qalbuku, lantaran kehilangan sesiapa untuk kutumpangi beban yg kian mendarahdagingi aku, tetiba aku rasakan Kau hadir menyiram cinta yang hangat, terasa betapa nikmat berada dalam pelukanMu. Maha CintaMu nan tiada tara..Mahu saja aku meraung " jangan lagi lepaskan aku". Ya Allah! aku teramat malu kepadaMu lantaran selama ini mengejar cinta yang lain melebihi cintaMu, padahal aku tak pernah temui cinta seagung Maha CintaMu. Ya Allah! apakah selama ini aku telah melakukan dosa syirik dalam mendamba cinta? Sedangkan aku sedar dan aku telah membaca dan memahami ayat-ayatMu.. " Kataknlah (wahai Muhammad) jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semua itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada mencintai Allah dan rasulNya dan berjihad untuk agamanya maka tunggulah sehingga Allah mendatanggkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik".(al Taubah: 24) Bahawa tiada yang lebih Pengasih dan tiada yang lebih Penyayang melainkan Engkau. Pembenci bukan sekali sifatMu, tetapi mengapa aku masih mengharapkannya daripada manusia yang penuh dalam jiwanya sifat kebencian?



Aku bukan sesiapa yang punyai kudrat untuk menahan rakus mazmumah menodai fitrah nurani. Berkali-kali aku tersungkur.. lalu bangun dan tersugkur lagi. Setiap kali kurebah, jenuh lidahku melirik ingatan menyebut namaMu, tapi di kala aku mampu berdiri dan berlari, aku menjadi seorang pelupa dan lalai. Ya Allah.. kiranya Engkau rebahkan aku untuk hari-hari ke seterunya, rasanya itu terlebih baik untukku, kerana di saat aku kesakitan baru aku rasai kemanisan mencintaiMu.Ya Allah baru aku sedar bahawa Kau timpakan sesuatu ujian adalah kerana sayang, bukan kemurkaan. Cuma aku yang selama ini tidak sabar dan redha atas segala ketentuanMu, lantaran buta ma'rifat dan hakikat.



Ya Allah aku terlalu lemah untuk menyusuri jalan ke syurgaMu, maka Kau gagahilah aku untuk menjarak jalan ke nerakaMu...dan kuharapkan masih ada Maha CintaMu menyulam maghfirah atas segala ketelanjuranku.


Monday, December 6, 2010

Alhamdulillah, urusan kuliah sudah selesai...

gembira setelah selesai cek in kargo. menuju ke balai berlepas dgn penuh semangat:)



resit semua urusan yang sudah selesai, alhamdulillah.




alhamdulillah...

ucapan setinggi kesyukuran aku panjatkan buat Mu ya Rab.. di atas kurniaan yang Kau berikan padaku... setelah sekian lama aku menanti, akhirnya keputusan untuk melayakkan aku ke tahun akhir dah diterima oleh syu'un dekat kuliah... alhamdulillah.