Wednesday, November 4, 2009

diari musim cuti...

assalamualaikum...

alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah swt kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menyambung kembali penulisan di blog saya ini. sudah 3bulan lebih blog saya tidak di update, jadi baru hari ni Allah memberi keizinan kepada saya untuk mengupdate blog saya ini.

pada kali ini saya ingin berkongsi pengalaman cuti saya dengan sahabat-sahabat semua. Alhamdulillah, saya bercuti agak panjang berbanding dengan sahabat-sahabat saya yang lain, saya mula balik ke malaysia pada 26 june 09 baru-baru ni seinggalah hari ni saya masih berada di malaysia. hehehe syoknya cuti panjang camni, rasa cam nak tambah cuti lagi je, tapi tak boleh sebab kuliah dah mula. saya bercadang balik tahun ni nak kerja, cari duit untuk sara hidup di mesir selepas pada ini, tapi cadangan saya itu hanyalah sekadar cadangan.sebab saya balik bercuti sahaja.keje pun hanya 3minggu sahaja sebab rasa tak best keje ngan orang.hehehe (baik keje sendiri)

di awal cuti saya, saya telah di jemput untuk bersama-sama dengan Alumni sekolah saya untuk buat program kepada Adik-adik tingkatan 5. alhamdulillah, sepanjang program bersama adik-adik telah banyak saya perolehi pengalaman bagaimana nak berhadapan dengan adik-adik yang bermacam-macam feel dan karenah.

selepas sahaj habis program itu, saya pula terus berkampung di Manik Urai untuk pilihanraya kecil. suasana cukup meriah. saya berkampung sehingga habis plihanraya. pos yang pertama saya lawati adalah pos di pria. selepas itu saya pindah ke pos cucuh putri dan ter akhir saya berkampung di lakloh... alhamdulillah pilihanraya ini telah di menangi oleh patri islam walaupun mejoriti sangat sedikit.rasa kerja yang saya buat untuk piliharaya kali ini tidak cukup dan banyak kelemahan, sebab saya tak pernah ada penalaman dalam pilihanraya, baru kali ini saya rasai bagaimana suasana pilihanraya. habis cite pilihanraya kat manik urai.

habis sahaja pilihanraya manik urai, saya di minta untuk kendalikan program bersama adik-adik stam yang akn kemesir selama 4hari 3malam di markaz dewan ulama (MADU) alhamdulillah program tu berjaya dilaksanakan dengan baik walaupun pada ketika itu kita masih lagi takut dengan H1N1. dalam program itu ramai peserta-peserta yang demam, mungkin fobia ngan H1N1 yang menyebabkan mereka demam dan juga manja dengan keluarga sebab kena berpisah selama 4hari 3malam.hehehe program tu bukannya berat pun, just duk atas kerusi dan dengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah, tu pun ade lagi adik-adik yang malas nak ikut... ish3 . habis cite program di MADU

rasanya cukup setakat ini saje pengalaman yang saya nak kongsi ngan sahabat-sahabat buat kali ini, insyaAllah saya akn sambung lagi pengalaman saya ini di entry selepas ini. sbb saya masih bercuti lagi.hehehe

ok
sehingga bertemu lagi...

Wednesday, July 15, 2009

sekitar pilihanraya N41 DUN Manik Urai

abe uji sedang mendengar luahan...



ust Nasha melepaskan larian di lakloh...



mesra bersama rakyat...



senyum kemenagan dari mereka...



tidak ketinggalan...



petugas umno yang xde orang...



Abe Uji di hari pembungan undi di lakloh... takbir!!!



suasana di pondok panas...



semangat membara di hari pembuangan undi...



golongan muslimat sedang berkempen....


penyokong-penyokong pas yang setia...



murah je air neh:)


bersemangat, anak-anak kecil generasi akan datang... takbir!!!


petugas-petugas pas dalam perjalanan ke tempat merayu undi...




baner yang sempat dirakam pada malam terakhir:)


salam perjuangan buat sahabatsahabat sekalian, alhamdulillah, bersama ini saya hidangkan kepada sahabat2 gambar-gambar yang sempat saya rakam pada hari pembuangan undi di UPU lakloh. alhamdulillah, proses merayu undi berlaku dengan aman walaupun ia di kotori oleh wanita umn yang bersorak tanpa hala tuju dan fitnah yang keterlaluan, kami mebalas tepikan,sorakan dan fitnah puak2 umno dengan bermunajat kepada Allah supaya Allah memenangkan perjuangan islam di manik urai.

sekian dahulu:)

siiruuu ala barakatillah...

bersama abang dan adik2 usrah di lata rek.





salam pertemuan buat semua sahabat2 yang dikasihi semua, alhamdulillah setelah sekian lama ana tidak berblog, baru sekarang Allah bagi kesempatan kepada saya untuk mengisi blog saya ini. pada kali ini saya ingin membawa sahabat2 melihat sedikit perkembangan saya di malaysia,

untuk gambar pertama dan kedua saya bersama ahli usrah di Lata Rek, aktiviti usrah saya pada kali ini adalah membawa misi yang besar disini,so untuk memjayakan misi yang besar ini, saya bawa ahli usrah kesini dahulu untuk mencari semnganat dan sedikit ketenangan. misi itu tak perlulah saya jelaskan disini kerana itu adalah misi usrah kami:)

gambar yang ke dua dan yang ketiga plak say bersama ngan hidangan pagi hari:) biasanya kalau pagi2 makan nasi kerabu,laksam,lepat pisang kuih,tapi hari ni lain plk jadinya, kebetulan kat tepi jalan saya tengok ada orang jual buah durian,rambutan dan manggis, apa lagi, saya pun turun la makan, buah durian,rambutan dan manggis habis banyak lah kami makan. rezeki kami murah pagi tu kerana makan banyak pun sedikit je yang pakcik penjual tu ambik duit, dia just mintak RM5 je, tapi saya sedekahkan la yang lebih dari tu.

inilah sedikit perkembangan terbaru yang dapat saya kongsikan dengan sahabat2 sepanjang percutian saya yang baru bermula ini:)

sehingga jumpa lagi...

Tuesday, June 16, 2009

Renungan bersama




























Salam ukhuwwah saya hulurkan buar semua pembaca yang dirahmati Allah swt.


Setelah lama tidak update blog saya ini, baru kali ini ada peluang untuk saya meng'update' saya punya blog. Alhamdulillah.






(Gambar di atas ni adalah sebagai satu contoh bagi mengambarkan kepada kita semua bahawa binatang pun sayangkan anak-anak)





Topik yang saya nak bawa untuk kita sama-sama renung pada kali ini adalah tentang masalah gejala sosial yang berlaku yang makin parah di dalam negara kita sekarang. Makin hari makin teruk kita dengar tentang gejala-sejala pelik berlaku di negara kita.






Kes yang berkaitan dengan gambar itik di atas adalah saya nak kaitkan dengan kes pembuangan bayi yang makin menjadi-jadi di negara kita. saya pelik, kenapa tak nak kawin? berzina nak pula. Teruk betul muda-mudi kita sekarang, pokoknya adalah kurangnya didikan agama dan takdenya imam di dalam diri, sebab itulah perkara ini berlaku. Kalau binatang pun pandai jaga anak-anak, sayangkan anak-anak mereka hingga jika ada manusia yang cuba menganggu anak-anak dia, dia akan cuba pertahankan walaupun sekadar mematuk dengan muncung nya yang tumpul itu.







Adalah menjadi tangungjawab kita untuk menyedarkan mereka yang lalai dan jahil ini ke arah hidayah dan kebenaran. perkara yang perlu kita terapkan dalam jiwa muda mudi pada zaman sekarang adalah tanamkan asas-asas kefaham tentang islam dan keimanan.


Bila mereka faham tentang asas-asas ini, barulah kita terapkan tentang akhlak-akhlak mulia yang di tujuk oleh rasulullah s.a.w disertakan dengan hukum halal haram di dalam islam. InsyaAllah, sekiranya penerapan ini berjaya, maka pembentukan sahsiah peribadi muslim akan berjaya.




Tidakkah kita merasa sayu dan sedih bila kita melihat gambar-gambar anak kecil yang dibuang tanpa belas. Apa dosa meraka ini? silapnya adalah kepada ibu bapa mereka yang berzina, menjadikan diri hamba kepada nafsu, dan membuang sinar iman di dalam diri. Rasanya tidak perlulah saya hurai panjang-panjang perkara ini kerana para pembaca semua sudah tahu menilai mana yang baik dan yang buruk, cuma tugas kita adalah menyampaikan kalimah kebenaran kepada mereka yang masih terkapai-kapai dalam kejahilan.


Satu lagi yang saya nak tekankan di sini adalah pihak yang berkuasa perlu mencari satu altenatif bagi memberi kesedaran kepada muda mudi di negara kita, bukan sekadar memberi hiburan yang berlebihan tanpa menapis dan memikirkan baik dan buruk yang membawa kepada kerosakan akhlak sehingga akhirnya berlaku pembuangan bayi. Sepatutnya kerajaan menyediakan satu hidangan rohani kepada masyarakat kita nilai-nilai islam, bagi saya kerajaan tidak akan rugi jika kerajaan menghidang program menerapkan nilai islam dalam jiwa anak muda mudi di Malaysia.







Jika pihak kerajaan kekurangan tenaga untuk mengadakan program-program kerohanian kepada muda mudi, pihak kerajaan boleh meminta tenaga pengerak dari para mahasiswa-mahasiswi yang berada dalam negara mahupun luar negara khususnya mahsiswa yang belajar dalam bidang pengajian islam yang jelas ingin membawa pembentukan akhlak muda mudi dan ingin melihat akhlak anak bangsa kita selamat dari gejala yang kurang elok khususnya dan membawa perubahan kepada ummat islam secara amnya.





Rasanya cukup sekadar ini sahaja dahulu buat kali ini, kita jumpa dilain pertemuan, tapi yang penting kita mestilah menyedarkan masyarakat tentang pentingnya mempunyai akhlak mulia seperti yang ditunjukkan oleh rasulullah s.a.w sepertu yang dituntut oleh Allah s.w.t insyaAllah, jika akhlak kita baik, maka semua perkara dalam kehidupan kita pun akan baik...



Sehingga bertemu lagi.. siiru ala barakatillah....





























Thursday, May 28, 2009

Indahnya Ukhuwwah kerana Allah swt.



Salam ukhuwwah saya hulurkan buat sahabat-sahabat pembaca yang dikasihi Allah s.w.t, moga kita semua senantiasa berada di bawah limpahan rahmat Allah s.w.t selalu. Alhamdulillah kali ini kita sekali lagi dapat bersua di dalam ruang ini bagi topik yang saya rasa cukup bermanfaat kepada kita, untuk kita sama-sama renung dan sama-sama kita amalkan. UKHUWWAH.



Kali ini saya ingin bawa sahabat-sahabat semua merenung hadis nabi yang berbunyi :

عن أبي حمزة أنس بن مالك - رضي الله تعالى عنه خادم رسول الله صلي الله عليه وسلم - عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : لا يؤمن احدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه . رواه البخاري ومسلم.

Bermaksud: daripada Abi Hamzah Anas bin Malik -R.A- khadim Rasulullah S.A.W- daripada Nabi S.A.W berkata : Tidak beriman diantara kamu sehingga dia mencintai saudaranya seperti dia cintakan dirinya sendiri. riwayat bukhari dan muslim.



Hadis di atas menberitahu kepada kita bahawa tidak dikira beriman kepada Allah jika kita tidak menyayangi atau menyintai saudara kita itu seperti mana kita cinta dan sayangkan kepada diri kita sendiri. Betapa besarnya nilai Ukhuwwah di sisi Allah s.w.t, mana tidaknya, dengan ukhuwwah inilah kita boleh menjadi kuat. Dengan ukhuwwah inilah kita boleh menjadi satu golongan yang mendapat naugan rahmat Allah s.w.t yang tidak terhingga banyaknya.



Di dalam Al-quran juga Allah s.w.t ada menyebut yang bermaksud:
sesungguhnya ummat islam itu bersaudara, maka perbaikkanlah diantara kedua-duanya.



Antara martabat ukhuwwah yang paling tinggi adalah al-ithar (bekorban untuk sahabat) dan martabat ukhuuwah yang paling rendah adalah salamatussadr(berlapang dada). Cuba kita perhatikan kepada diri kita, sejauh mana kita berukhuwwah dengan sahabat-sahabat kita? adakah kita dah sampai tahap ithar ataupun adakah kita selalu salamatussadr (berlapang dada) dengan sahabat-sahabat kita? moga kita semua berukhuwwah dengan sebaik-baiknya untuk mendapat redho Allah s.w.t



Alangkah indahnya ukhuwwah, jika kita berukhuwwah kerana Allah swt bukan kerana mengharapkan belas kasihan dari sahabat kita, ataupun mengharapkan kita disanjung oleh sahabat diatas kebaikan yang telah kita lakukan. Susah sangat ke kita nak memiliki sifat ukhuwwah seperti yang ditunjukkan oleh rasulullullah dan para sahabatnya? jika kita sentiasa memperbetulkan niat kita, pasti kita akan miliki apa yang mereka semua miliki. Kemanisan Ukhuwwah kita akan rasai bila kita betul-betul ikhlas menolong dan bersahabat dengan kawan kita itu kerena Allah swt.



Rasanya cukup setakat ini buat kali ini, sekadar memperingati diri saya dan juga sahabat-sahabat sekalian supaya biarlah kita berukhuwwah ini kerana Allah swt. jika sahabat kita susah, bantulah mereka tak kira kita senang atau susah. Moga kita sama-sama menjadi sahabat yang bersahabat kerana Allah swt dan memiliki sahabat yang betul berukhuwwah yang kerana Allah swt.



Sehingga jumpa lagi... Siiru ala barakatillah...

Thursday, May 21, 2009

Dimana kita sekarang?

Salam keinsafan buat sahabat-sahabat sekelian. Alhamdulillah, ada juga masa untuk saya update blog saya ini. Di dalam kepenatan pulang dari imtihan madah manahij mufassirin sebentar tadi, saya terkedu bila buka berita di harianmtero. Sedih, pilu dan menyayat hati bila baca berita ini. http://www.hmetro.com.my/Thursday/BeritaUtama/20090521052904/Article. Alangkah zalim dan berhati syaitan pembunuh ini.

Apa nak jadi dengan manusia sekarang? sanggup membunuh kerana ingin memuaskan nafsu dengan najis dadah. Ini rialiti yang berlaku di tanah air kita. Bila dah jadi tahi dadah, maka segala kerosakan akan dilakukan hingga sanggup membunuh, inilah manusia yang tiada iman dan menjadikan syaitan dan nafsu sebagai raja kepada diri. Pembunuh ditangkap dalam keadaan diri dalam pengaruh dadah. ish3 rosak betul.

Ini kes terbaru, kalau kes-kes yang lalu contoh Allahyarham Saodah dibunuh di Ketereh oleh sang peragut baru-baru ini hanya kerana RM3.00. Nurbahirah (26) dibunuh dengan kejam oleh seorang duda bekas kekasihnya hanya kerana mahu memutuskan perhubungan. Kita mendengar kes anak gadis dijadikan habuan seks oleh bapa kandung dan abang kandung sendiri.Tak cukup dengan jenayah kebinatangan itu, si gadis di sapu pulak oleh rakan si bapak! Berita bayi dibuang merata tempat..dalam tong sampah, dalam surau, di taman pernainan kanak-kanak, di tepi jalan, dalam tandas awam malahan disorok almari pun ada.

Parahnya dunia sekarang, dimana nilai-nilai murni mereka? dimana letaknya maruah mereka ini? yang pasti semua ini berlaku kerana diri telah tiada langsung iman dan taqwa dalam jiwa mereka. Astaufirullahalazim... sama-samalah kita memohon moga Allah memelihara kita semua dari mala petaka yang kebinatangan ini. Moga nikmat iman dan islam dalam jiwa kita tidak ditarik oleh Allah.

Sebenarnya ALLAH swt telah memberi amaran jelas kepada kita.. (apabila kamu meninggalkan hukum hakam dan syariat ALLAH, tunggulah hari dimana perasaan rahim dan belas ehsan akan dicabut dari hati manusia, sehingga ia berkelakuan saperti haiwan).

Inilah fenomena yang sedang kita lihat berlaku depan mata kita hari ini. Dan yang paling malang, ianya berlaku dikalangan bangsa Melayu yang Al Quran ada ditangannya, yang selalu diframekan, selalu di
musabaqahkan, selalu ditadaruskan..tetapi mereka sedikitpun tidak mengamalkan nya.
Malahan mereka mencemuh Al Quran; mendakwa hukum-hakam ALLAH sudah tidak sesuai dilaksanakan, malah kalau dilaksanakan akan banyaklah restoran menghidangkan sup tangan, maka akan terbantutlah pembangunan kerana kurangnya batu yang diguna untuk merejam pesalah.

Hari ini, dicelah-celah menara kayangan Melayu, disamping kerlipan pembangunan mahahebat Melayu..kita melihat keruntuhan akhlak dan kerosakan moral yang parah dikalangan bangsa kita sendiri.

Beginilah cabaran yang berada dihadapan kita semua, oleh itu marilah sama-sama kita merenung kembali apa tujuan kita berada didunia ini. Apa yang Allah firmankan dalam al-quran yang bermaksud: (tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku). inilah tujuan kita hidup didunia yang penuh dengan cabaran dan dugaan ini. Sama-samalah kita sedari dan insafi di atas kesilapan diri yang telah lalu agar kita jadi lebih kuat untuk mengharungi hari-hari yang mendatang.

Jawapan dari kesemua ini adalah kembalilah mentauhidkan ALLAH, hiduplah menurut syariat Islam, patuhilah sunnah Rasul, dan jadilah seorang Muslim yang benar-benar bertaqwa dan beriman kepada ALLAH.
Moga ALLAH mengampuni kita semua dan memberi kekuatan kepada kita untuk beriman dan beristiqomah dalam menjalani kehidupan sebagai Muslim yang hakiki. Aminnn...

setakat ini sahaj perkongsian saya dengan sahabat-sahabat pada kali ini. sehingga jumpa lagi...

wassalam...

Saturday, May 16, 2009

selamat hari guru buat tenaga pendidik...


Selamat hari guru buat semua tenaga pendidik di seluruh sekolah di Malaysia, khususnya kepada guru-guru yang mengajar saya di Maahad YAAKUBIAH Nipah Bachok. Tak ternilai banyaknya jasa kalian semua dalam mendidik insan kerdil ini menjadi insan berilmu. Moga segala penat lelah kalian semua dibalas dengan pahala dan rahmat yang melimpah ruah dari Allah swt.

Gambar-gambar di atas ini adalah sebahagian dari tenaga pendidik di Maahad Yaakubiah nipah. Sekadar kenangan bersama mereka. yang penting, sama-sama kita doakan moga mereka tergolong dalam golongan yang mendapat Rahmat Allah swt. amin...

Mulianya kalian menjadi seorang guru yang tak pernah jemu mendidik kami anak-anak murid yang kejahilan dan kedegilan. Walaupun kami jahil dan degil, kalian tetap tabah mendidik dan membimbing kami mejadi insan beruguna. Terima kasih kerana mendidik kami sehingga kami berjaya. Tanpa dorongan,didikan dan pembelajaran dari kalian, kami tidak akan berjaya ke menara gading yang kami cita-citakan sejak kecil lagi.

Ucapan terima kasih saya ucapkan buat kalian semua kerana sudi mendidik saya bermula dari tinggkatan peralihan 1 hinggalah ke tingkatan 6 atas. begitu lama saya belajar di Maahad Yaakubiah ini, sudah tentu sejuta kenangan telah terukir di maahad yaakubiah yang saya cintai ini.

Seperti yang kita maklum, guru yang pertama mendidik kita adalah ibu bapa kita. Manakala guru yang kedua adalah guru-guru yang mengajar kita di sekolah. Inilah guru yang banyak mendidik kita untuk berjaya menjejakkan kaki IPTA dan juga IPTS. Alhamdulillah. terima kasih guru-guruku.

Kadang-kadang saya juga terfikir, ada dikalangan pelajar yang tidak berjaya masuk ke IPTA atau IPTS, adakah ini kegagalan guru yang mendidik? atau kesalahan pelajar itu sendiri? jawabnya adalah kerana pelajar itu sendiri yang tak bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita mereka itu, adapun mereka yang dah berusaha melakukan yang terbaik dalam setiap ujian yang dilalui yang masih belom diberi peluang masuk ke IPTA atau IPTS, yakinlah bahawa Allah masih belum memberi peluang kepada kalian. InsyaAllah, kejayaan pasti akan bersama dengan kalian jika kalian menggandakan usaha kalian dalam menuntut ilmu.

Apapun yang penting adalah ikhlaskan niat kita kerana Allah swt dalam menuntut ilmu. Sekiranya kita ikhlas dalam menuntut ilmu, insyaAllah, kejayaan dan keberkatan ilmu akan kita dapat dari Allah swt.

Ucapan saya ini juga saya tujukan buat kawan-kawan saya yang dah bergelar guru. Moga kalian semua tabah dalam mendidik anak bangsa menjadi insan berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia. Didiklah mereka hingga mereka berjaya dalam pelajaran dan cemerlang dalam akhlak. Moga kalian semua menjadi guru yang paling dihormati oleh pelajar-pelajar kalian.

Semoga kita semua mendapat keberkatan dalam menuntut dan menyampaikan ilmu Allah swt kepada mereka yang memerlukan...

Siru ala barakatillah...