alhamdulillah, sepanjang cuti ini, banyak pengalaman baru yang saya perolehi,yang paling best adalah pengalaman bekerja dengan jemaah. saya berada di dun Jelawat, so sempena dengan pertandingan bola sepak piala dunia baru2 ni, saya berkesempatan untuk bersama2 turun di gunong, sebelah rumah YB cikgu Aziz ADUN Jelawat untuk menonton perlawanan bola sepak piala dunia di screen besar yang di buat oleh yb.
ini adalah satu anisatif yang dilalukan oleh YB bagi menarik golongan muda disamping untuk membimbing mereka kearah hidup yang lebih terjamin, bagaimana caranya? caranya adalah dengan mengumumkan yang dun jelawat memasang layar screen besar untuk peminat2 bola sepak piala dunia. so, di kesempatan itulah YB mengambil sedikit masa untuk memberi ucapan kepada golongan remaja dan juga penonton yang hadir menonton perlawanan itu.
di hari akhir piala dunia, YB telah buat satu program yang menarik untuk menarik golongan ini dengan membuat program yang menarik iaitu dikir barat, makan ayam bakar dan menonton final piala dunia. persembahan dikir barat di jemput khas dari besut dengan mengalunkan alunan dikir yang memuji kebesaran Allah dan lirik2 nasihat serta peringatan kepada pendengar-pendengar yang hadir. alhamdulillah, dikir barat zaman sekarang dah berubah, kalau dulu dikir barat dengan lirik yang mencarut2 dan memuja-muja orang tapi sekarang dikir barat dah boleh berzikir,lirik nasihat dan juga dikir yang memuji keangungan Allas swt.
jadi saya rasa cukup untuk kali ini, program ini berjaya dibuat dengan jayanya walaupun ia sekadar dikir, makan ayam bakar dan menonton final piala dunia.tapi YB cikgu Azziz pandai mengambil peluang dalam nak mendidik remaja yang ada pada hari ini.
sehingga berjumpa lagi di lain cerita:) insyaAllah.
ah, dah jadi ustaz ke? takde lah, ni hanya ganti je, xleh duk lama2 la kat sekolah ni.
just untuk sebulan je.
hari ini adalah hari pertama,
insyaAllah saya akan kongsikan pengalaman selama sebulan di MPI bersama dengan kawan2 dan juga adik2 kat sekolah ini.
biasalah, hari pertama ni kekok tu dah jadi perkara utama,
insyaAllah esok ok lah.
hari ini ada dua kelas je yang sempat saya masuk, satu kelas 1mukmin, dan satu lagi kelas 2muslim. kelas yang 1 mukmin ni ok lah, adik2 yang excelent,tapi yang kelas 2muslim ni susah sikit, sbb semuanya laki2 yang agak remaja. moga terus dapat sabar dengan kerenah mereka, esok macamana la pula keadaannya. moga esok jumpa ngan yang terbaik dan dapat lakukan yang terbaik...
alhamdulillah, saya selamat mendarat di KLIA kul 9.30 pagi 29 jun 2010 dengan flait gulf air.
mintak maaf kepada kawan2 kerana tak sempat untuk bertemu sblm balik hari tu.. insyaAlllah ada masa kita jumpa lagi.
sepanjang permukiman saya di kampung sudah pasti banyak perkara yang perlu di bereskan, bermula dari keluarga hingga ke masyarakat.. semua menuntut supaya memenuhi tangungjawab, insyaAllah saya akan tunaikan tangungjawab selagi termampu dan sehabis baik...
insyaAllah ada masa saya akan update kan entry2 saya sepanjang program dan aktiviti sepanjang saya duk malaysia. mintak kalau ada sahabat2 yang ada kelapangan membantu saya nanti. \ buat setakat ini ana hanya guna no celcom ini 010 4182686.
salam. setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan buat MU ya Allah kerana menemukan aku dengan insan yang cukup istimewa dalam hidupku ini. insan yang telah banyak membinbing aku mengenalMu, mendidiku tanpa mengenal erti penat jemu, menegur ku setiap kali aku dalam kealpaan,
insan yang paling istimewa dalam hidupku ini adalah bernama MUHAMAD BIN MOHD NOOR. pertemuan pertama kita adalah di SMUA yaakubiah Nipah. di sekolah inilah melakar sebuah ukhuwwah dan pertemuan yang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila.
aku menyayangi dirimu sepenuh hatiku... engkau menjadi pendorong kebangkitan diriku yang kelemahan, menjadi sumber kekuatan ku, sitap kali aku mengingatimu pasti aku menangis kerinduan, rindu dengan kata-kata hikmah dari mu, rindu kata-kata nasihat darimu,
sempena hari bapa, aku dengan rendah diri mengucapkan selamat hari bapa kepadamu, hanya kau saja yang aku ada sekarang... semoga dirimu kuat mendidik diri ini dan adik2 yang lain..
SELAMAT HARI BAPA
susah dan senang sentiasa bersamaku..
sang murabbi bersama anak didiknya...
gembira bila melihat dirimu senyum...
sentiasa serius...
inilah kesukaan mu, bersama anak didikmu...
sentiasa menceburi bidang baru.. insyaAllah bakal koporat:)
keluarga baru mu di pejabat...
setiap bulan dirimu pasti menjadi tumpuan, kehulu dan kehilir manjadi penceramah, penseminar dan juga pengkrusus.. hebat2
satu perkongsian yang dapat saya kongsikan dengan sahabat2 sekelian mengenai dgn persoalan bulan rejab.. di dalam artikal ini memang ia bahas secara terperinci dan mendalam.. so sahabat2 ekna baca sehingga habis baru sahabat2 faham dan tahu dan menjawab persoalan yang bermain di fikiran sahabat2 sekelian.. silelah baca dengan jiwa yang tenang...
a. Kebanyakkan fadilat Rejab terkandung didalam Hadis yg sangat Lemah dan Palsu. Bekas Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa setiap fadilat sesuatu perkara itu harus dilihat dari segi nas yg sahih dan beliau melihat bahawa hadis-hadis yg didatangkan mengenai fadilat didalam bulan Rejab kebanyakkannya adalah lemah dan palsu, katanya:"Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberi fadilat kepada beberapa bulan dan tempat, tetapi tidak thabit untuk masa (zaman) dan untuk tempat melainkan dengan dalil yg qath'i (nyata) dan tidak thabit sehingga tidak mendusta keatas Nabi Muhammad saw, dan banyak hadis-hadis timbul mengenai fadilat bulan Rejab, dimana statusnya antara Dha'if dan Mawdhu', dan tidak thabit dari pembawanya (naqal)."
Menurut Al-Saqr lagi bahawa: "Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Mohammad bin Hajar Asqalaani meletakkan didalam risalahnya dengan topiknya : Penjelasan yg datang didalam Fadilat Rejab, pengumpulan jumhur Hadis menyebut mengenai Fadilat-Fadilat Rejab, Puasa dan Solat didalamnya. Ia dikelaskan sebagai Lemah dan Mawdhu"
b. Fadilat Rejab berada bersama dengan Fadilat bulan-bulan haram yg lain. Fadilat Rejab secara umumnya berada didalam Fadilat bulan-bulan Haram sebagaimana Firman Allah didalam surah Taubah:36 dan terdapat juga Hadis Sahihin mengenai Hijatul Wada', didalamnya dinyatakan nama bulan bulan tersebut, iaitu : Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, dan yg tunggal ialah Rejab. Dimasa itu orang Islam ditegah melakukan kezaliman, pep! ! ! erangan dan juga dilarang melakukan maksiat kepada Allah swt.
c. Berpuasa hari pertama atau yg lain sama sahaja fadilatnya. Berkata Al-Saqr lagi bahawa: "Amalan Saleh didalam bulan Rejab adalah sebagaimana ganjarannya didalam bulan-bulan Haram, yg didalamnya terdapat puasa, SAMA sahaja [berpuasa] hari pertama atau pun hari akhir. Berkata Ibnu Hajar : 'Sesungguhnya bagi bulan Rejab tidak terdapatnya hadis mengenai fadilat khas berpuasa, tidak terdapat yg Sahih atau Hasan'. " Beliau memetik beberapa hadis da'if dan palsu, diantaranya ialah:
i. "Sesungguhnya didalam syurga ada sebuah sungai yg dipanggil Rejab, warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu, barangsiapa yg berpuasa sati hari dari bulan Rejab, maka Allah akan memberi ia minum dari sungai itu" - hadis ini Dha'if.
ii. "Barangsiapa berpuasa sehari didalam bulan Rejab seolah-olah dia berpuasa satu bulan, dan siapa yg berpuasa didalamnya 7 hari maka akan ditutup 7 pintu-pintu neraka, dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari maka 8 pintu-pintu syurga akan terbuka, dan barangsiapa yg berpuasa 10 hari, maka akan digantikan dosa dengan kebaikan" - hadis ini Dha;if.
iii. Terdapat sebuah hadis yg panjang mengandungi fadilat berpuasa rejab menurut hari, dan didalamnya terkandung matan : :"Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku" -Hadis ini palsu.
d. Tidak ada solat khas didalam Rejab. Daripada Hadis yg tidak diterima (ghair maqbulah) mengenai solat : "Barangsiapa yg solat Magrib di awal malam dari bulan Rejab, kemudian diikuti oleh solat 20 rakaat selepasnya, dia membaca pada setiap rakaat Al-Fatihah dan Qulhu Allahu Ahad sekali dan dia memberi salam kepadanya 10 kali salam, Allah akan menjaga dirinya, keluarganya, hartanya dan anaknya, dan akan diselamatkan dari azab kubur, dan perjalanan di sirat bagaikan boraq, tanpa hisab dan azab." - Itu adalah hadis Mawdhu'
e. Menziarah kubur pada bulan Rejab tiada nasnya: Mengenai fadilat menziarah kubur pada bulan Rejab, Sheikh Atiyah Al-Saqr mengatakan bahawa perbuatan ini tidak ada dalilnya didalam Islam. Beliau menyarankan agar lebih elok melihat mengenai sejarah-sejarah yg berlaku dibulan Rejab dan mengambil tauladan daripadanya. "Ini adalah manusia yg prihatin, dan wanita dari kumpulan tertentu, mereka menziarahi kubur pada hari Jumaat pertama didalam bulan Rejab, tidaklah ada asalnya didalam agama, dan ganjaran yg besar daripada ziarah tersebut, dan bukanlah hari ini. Adalah lebih aula didalam bulan Rejab ini kita mengingati kembali sejarah yg berlaku kepadanya seperti penaklukan Tabuk, mngingati Salahuddin Al-Ayobi menyelamatkan Jerusalem (Al-Qudus) dari tangan tentera Salib (Rejab 583H, 1187M). Orang Arab dan Islam menyucikan Masjid Al-Aqsa dari Ketua Pasukan Pakatan. Kita mengingatkan kembali peristiwa Isra' dan Mi'raj iaitu pengajaran darinya, dimana orang Islam menganggapnya berlaku didalam bulan Rejab. Allah yg Maha Mengetahui."
2] Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi
a. Fadilat Rejab sama dengan fadilat bulan-bulan haram yg lain Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa fadilat Rejab adalah sama seperti yg terdapat didalam 3 bulan-bulan Haram yg lain. Katanya [4]: "tidaklah ada kesahihan didalam bulan Rejab, melainkan ia merupakan salah satu dari bulan-bulan haram, bahawa Allah swt telah menyebut didalam kitabnya - didalamnya ada 4 bulan haram - Al-Taubah:36. Iaitu Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram....Itulah bulan-bulan yg mempunyai fadilat. Tidak terdapat Hadis Sahih bahawa Rejab khusus mengatakan Rejab lebih afdal, melainkan Hadis Hasan: Sesungguhnya Nabi saw banyak berpuasa didalam Sya'ban.."
b. Hadis-Hadis mengenai fadilat Rejab kebanyakkannya lemah dan palsu. Beliau juga menyatakan bahawa hadis-hadis mengenai fadilat-fadilat khas Rejab kebanyakkan merupakan Hadis Palsu atau pun yg sangat Lemah tarafnya: "Hadis ini dimaklumkan sebagai sebuah hadis yg mengandungi fadilat Rejab - "Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku"..... Hadis in mungkar dan sangat-sangat Dhaif, bahkan beberapa ulama' mengatakan hadis ini Palsu! .... yakni penipu..Maka bukanlah kepadanya nilai saintifik dan bukanlah mempunyai nilai agama. Disitu ada hadis yg mengatakan terdapat Fadilat Rejab kepada sesiapa yg bersolat begini dan ia mendapat begini, dan sesiapa yg meminta beristigfar sekali kepadanya maka ia akan mendapat ganjaran begini.... Ini semua adalah berlebih-lebihan (exaggeration), dan semuanya adalah pembohongan. Dari ini satu tanda satu penipuan didalam Hadis yg memasukkan perkara yg berlebih-lebihan...."
c. Ganjaran yg dijanjikan tidak sepadan dengan amalannya. Pada beliau ganjaran-ganjaran yg dinyatakan didalam Hadis Palsu itu adalah sesuatu yg berlebih-lebihan. Ini merupakan satu pendustaan yg amat besar. Menurut beliau ganjaran sesuatu ibadat itu mestilah setimpal dengan bentuk ibadat itu sendiri. Katanya : "Berkata ulama' : Janji untuk mendapatkan ganjaran yg besar diatas perkara yg biasa, atau ugutan kepada azab yg pedih keatas dosa kecil? Ia menunjukkan bahawa ini merupakan Hadis yg bohong."
d. Umat Islam perlu mengetahui jenis-jenis hadis yg Palsu. Dr Yusuf Qardhawi menyatakan bahawa sebagai seorang Islam kita wajib mengetahui mengenai hadis yg diberikan kepada kita. Tidak ada alasan yg boleh kita berikan kerana terdapatnya buku-buku yg banyak dipasaran mengenai taraf sesuatu hadis. Kata beliau : "Ulama' telah memberi amaran contohnya keatas Hadis Palsu dan Bohong ini, dan melarang manusia terhadapnya...sesungguhnya telah datang hadis :"Barangsiapa mereka-reka Hadis difikirkan, sesungguhnya ia menipu, maka dia adalah pembohong....."(Riwayat Muslim didalam muqadimahnya yg Sahih), tetapi mereka tidak mengetahui bahawa ia adalah Hadis Palsu, maka ia wajib mengetahui, mengetahui hadis itu dari sumbernya .... maka disana ada Kitab Hadis yg Muktamad, di sana ada kitab khas untuk mengetahui Hadis Palsu, contoh Al-Maqasid Al-Hasanah, karangan Al-Shakhaawi dsb.........."
3. Ibnu Hajar Al-Asqalani Ibnu Hajar(Ulama` hadith) mengatakan adalah menjadi satu kesalahan menetapkan sesuatu hari atau bulan itu khas untuk melakukan amalan. Kenyataan ini dapat di lihat didalam fatwa Sheikh Al-Saqr[5] mengenai fadilat Rejab dengan memetik kata-kata Ibnu Hajar: "Ibnu Hajar didalam makalahnya ada menyebut berkenaan dengan terdapat hadis-hadis yg melarang berpuasa Rejab sepenuhnya, maka beliau berkata : Larangan ini terpulanglah kepada sesiapa yg berpuasa memuliakan Jahiliyyah, sebagaimana jika dia berpuasa dengan qasad(niat) yg bukan menjadikan penekanan atau mengkhususkan mengenai hari-hari yg dia berpuasa, atau pada malan tertentu dia berqiamullail, maka beliau percaya yg dilakukan itu adalah sunnah, maka ini adalah pekerjaan yg baik atas apa yg diletakkan dan tidak mengapa baginya. Maka jika ianya di khaskan atau menjadi suatu ketetapan, maka ia adalah DITEGAH (Mahzhur), dan makna penegahan itu dialam hadis Nabi saw bersabda :"Jangan mengkhaskan hari Jumaat untuk berpuasa dan jangan [mengkhaskan] malamnya berqiamullail". - riwayat Muslim. Jika mempercayai puasanya atau puasa ini lebih baik dari puasa lainya yg didalamnya terkandung puasa nazar, Ibnu hajar lebih cederung menegahnya, dan sebagaimana yg dinaqalkan oleh Abi Bakar Al-Thorthorshi didalam bukunya "Bid'ah wa hawadith" bahawa bulan Rejab dibenci olehnya kerana 3 jenis:
1. Sesungguhnya jika orang Islam mengkhaskan puasa di setiap hari kemuliaan awam secara tahunan.
2. Menjadikan ia seperti kefarduan ramadhan, atau menjadikan ia sunat sebagai sunat yg kekal.
3. Kerana puasa ini mempunyai fadilat khas dan puasa-puasa yg lainnya kalau dengan itu apa yg dijelaskan oleh Rasulullah saw, : berkata Ibnu Dihya : "Puasa adalah amalan kebajikan"., Tidak terdapat fadilat berpuasa didalam Rejab maka perkara itu ditegah darinya. Tamat apa yg dinaqalkan oleh Ibnu Hajar."
4.Dr. Sayid Saabiq Menurut seorang tokoh Ikhwan Dr Sayid Saabiq didalam membicarakan bab puasa sunat, mengatakan bahawa : "Puasa Rejab, bukanlah ada padanya fadilat yg berlebih dari bulan-bulan lain, melainkan sesungguhnya ia dari bulan-bulan yg haram". Ini bermaksud bahawa bulan-bulan haram ini mempunyai fadilat-fadilat yg sama. Pendapat juga di sokong oleh mazhab Hanbali yg mengatakan menetapkan bulan Rejab sahaja untuk berpuasa sunat adalah makruh
5. Hadis-hadis fadilat Rejab yg palsu atau dhaif Dibawah ini disenaraikan beberapa contoh hadis-hadis palsu berkenaan dengan fadilat Rejab:
6 a. Barang siapa yg mengerjakan solat Magrib pada permulaan malam Rejab kemudian dia mengerjakan 20 rakaat dengan membaca surah Al-Fatihah dan Qul Hu Allahhu Ahad pada tiap-tiap rakaat satu kali dan dia memberi salampada solat ini dengan 10 salam, maka tahukah kamu apa ganjaranya? -Hadis ini Mawdhu' (palsu) *Diriwayatkan oleh Al-Jauzaqanniy dari Anas, kemudian beliau berkata hadis ini adalah Palsu.
b. Barang siapa yg melakukan solat pada malam Nisfi Rejab 14 rakaat dengan membaca Alhamdu 1 kali pada rakaat, Qul Hu Allahhu Ahad 20 kali, Qul A'uuzu Birabbil Falaq 3 kali, Qul A'uuzu Birabbin Nas 3 kali kemudian apabila dia selesai bersolat hendaklah ia berselawat keatas ku 10 kali kemudian dia bertasbih, bertahmid dan bertahlil 30 kali, maka Allah akan mengutuskan kepadanya 1000 malaikat. -Hadis ini Mawdhu' (palsu) *Dalam ! ! ! sanadnya terdapat beberapi Rawi yang majhul.
c. Barang siapa yg berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya) sama dengan puasa sebulan. -Hadis sangat Dhaif. *Diriwayatkan oleh Al-Khathiib dari Abi Dzar. *Dalam sanadnya ada rawi yg bernama: Al-Furaat bin As-Saaib, dia adalah seorang rawi yg Matruk. *Ibnu Hajar Al-Asqalaaniy telah menjelaskan bahawa para ahli hadis telah sepakat, bahawa hadis ini diriwayatkan dari jalan Al-Furaat bin As-Saaib, sedangkan rawi ini adalah seorang yg Dhaif.
d. Barang siapa yg berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yg berpuasa 7 hari pada bulan Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka Allah membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan barang siapa yg berputus asa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di hisab dengan hisab yg mudah. -Hadis ini Mawdhu' (palsu) *Tidak disahkan hadis ini kerana rawi yg bernama Abaan merupakan rawi yg Matruk. *Selain dari itu ada rawi yg bernama Amar bin Al-Azhar yg sangat suka memalsukan hadis.
e. Barang siapa yg berpuasa satu hari pada bulan Rejab dan bangun pada malam harinya mengerjakan solat malam maka Allah akan membangkitkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan aman, dan dia berjalan di atas sirat dalam keadaan Tahlil dan Takbir. -Hadis ini Mawdhu' (palsu) *Dalam sanadnya ada rawi yg bernama Ismaail, dia adalah seorang rawi yg suka berdusta.
f. Barang siapa yg menghidupkan satu malam dari bulan Rejab mengerjakan solat malam dan berpuasa padanya satu hari, maka Allah memberi makan kepadanya dari buah-buahan Syurga. -Hadis ini Mawdhu' (palsu) *Dalam Kitab Al-Laaly dijelaskan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh Hussain bin Ali. Kemudian diterangkan bahawa hadis ini Mawdhu'. Bagaimana beramal didalam bulan ini?
a. Shiekh Mahmud Al-Sya'rawi
7. didalam menjawab satu pertanyaan mengenai apakan bulan dari bulan-bulan 'am yg afdal manusia berpuasa selepas bulan Ramadan, beliau memetik hadis berikut diriwayatkan oleh Musnad Ahmad : "Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah saw, katanya : Bulan mana kamu perintahkanku berpuasa selepas Ramadan? Maka Rasulullah saw berkata : Jika aku berpuasa selepas Ramadan, maka berpuasalah dibulan Haram, maka sesungguhnya didalamnya dari Taubat Allah swt keatas satu kaum, dan terdapat taubat didalamnya untuk satu kaum yg lain" Jelas disini menunjukkan bulan-bulan haram ini disunatkan berpuasa dan juga terdapatnya keampunan Allah swt didalam bulan-bulan ini.
b. Bekas Mufti besar Arab Saudi, Shiekh Abdul Aziz Bin Baaz apabila ditanya berpuasa pada bulan-bulan haram, Beliau menjawab
8. "Bulan Muharam dari segi syara' dibolehkan berpuasa dengannya dan begitu juga Sya'ban, disana terdapatnya 10 Zulhijjah, bukanlah ada dalil disan keatasnya, akan tetapi berpuasa dengannya TANPA ber'itiqad yg khusus (khas) atau pribadi, maka tidaklah menjadi masalah." Bagi bulan Allah Al-Haram tersebut, Rasulullah saw pernah bersabda : ((Seafdal-adfal berpuasa selepas ramadan ialah dibulan Allah Al-Haram)).
Maka adalah baik bagi berpuasa, atau berpuasalah pada 9, 10 dan 11, itulah yg baik, begitu juga dengan Sya'ban dimana Nabi saw berpuasa dengannya"
c. Seorang Ulama' Islam dari negara Syria yg terkenal pada masa kini, Dr Wahbah Zuhaily mengatakan bahawa, kebanyakkan iman empat mazhab (Syafiie, Hanbali, Maliki dan Hanafi) bersetuju mengenai terdapatnya amalan berpuasa sunat didalam bulan-bulan haram ini, cuma ia berbeza pendapat mengenai cara implementasinya.
kata Dr Wahbah Zuhaily[10] : "Keutamaan berpuasa pada bulan-bulan ini terdapat disisi Mazhab Maliki dan Syafiie, dan mazhab Hanbali berpuas hati dengan keputusan sendirinya memberi keutamaan berpuasa dibulan Haram, pada mereka itulah puasa yg afdal selepas Ramadan, telah bersabda Rasulullah saw : ((Seafdal solat ialah pertengahan malam, dan seafdal puasa selepas bulan Ramadan ialah di bulan Allah Al-Haram)).
Seafdal puasa dibulan haram ialah Hari Al-Asyura', sebagaimana diantaranya. Dan berkata mazhab Hanafiah : Sunat berpuasa didalam bulan-bulan Haram, iaitu berpuasa 3 hari dari semuanya iaitu :- Hari Khamis, Jumaat dan Sabtu."
d. Shiekh Abdul Rahman Al-Jaziry didalam buku Kitab Fikh Empat Mazhab[11] juga memetik persetujuan 4 mazhab ini mengenai puasa dibulan-bulan haram,! ! ! kata nya: "Mengenai sunat berpuasa dibulan Rejab dan Sya'ban, Imam-imam ini telah bersetuju dengannya, cuma terdapat khilaf dengan hanbali......... Hanbali : Menetapkan puasa Rejab (secara tunggal) adalah makruh, melainkan jika ia berbuka (tidak berpuasa) secara selang-seli, maka tidaklah Makruh."
e. Panelist fatwa IslamOnline, Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, ketika diminta memberi fatwa mengenai apakah berpuasa didalam bulan Rejab itu sunat atau bid'ah, beliau telah menjawab
9. "Berpuasa didalam bulan adalah maqbul dan mustahab, keatas semua perkara. Tetapi bukanlah datang dari Rasulullah saw bahawa beliau berpuasa satu bulan penuh, melainkan bulan Ramadhan. Beliau banyak berpuasa didalam bulan Sya'ban, tetapi tidak berpuasa sepenuhnya, dan itulah sunnah nabawiyyah ... Beliau berpuasa dan berbuka disetiap bulan, seperti riwayat mengatakan : ((Beliau berpuasa sehingga kami mengatakan beliau tidak berbuka, Beliau berbuka sehingga kami mengatakan beliau tidak berpuasa)) (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud).
Maka beberapa golongan manusia berpuasa seluruh bulan Rejab, sebagaimana yg kita lihat sebelum ini, Aku telah lihat beberapa orang berpuasa bulan Rejab, Sya'ban, Ramadhan dan 6 hari didalam bulan Syawal, dan menamakannya "Al-Ayam Al-Baidh", selepas berbuka, mereka a kan menjadi perayaan pada hari yg ke 8 dari Syawal....Hasil dari puasa ini ialah 3 bulan dan 6 hari saling berhubungan, mereka hanya akan berbuka apabila tiba Hari A'id. INI TIDAK DATANG DARI NABI SAW, atau pun dari para sahabat atau pun dari Al-Salaf Al-Saleh.. maka mereka berpuasa sehari dan berbuka sehari. Tidak ada berterusan didalam puasa. Semua kebaikan adalah menurut Salaf dan keburukan adalah dari rekaan para Khalaf. Barangsiapa yg ingin ber'iitiba' dan inginkan ganjaran, maka ia harus mengikur Nabi saw dimana tidak berpuasa sepenuhnya didalam Rejab, dan tidak berpuasa sepenuhnya didalam Sya'ban.
Dan ini adalah yg lebih utama. Wa Billahi Tawfiq." Beliau tegas mengatakan bahawasanya disunatkan berpuasa pada bulan-bulan haram, tetapi tidak lah sepenuh bulan Rejab dan Sya'ban, kerana ini tidak dilakukan oleh Rasulullah saw, atau sahabat-sahabatnya ataupun para ulama' Salaf. Puasa-Puasa sunat yg lain Syeikh Muhammad Mutawali Al-Sya'rawi didalam fatwanya
[10] menjawab persoalan mengenai puasa-puasa sunat, beliau telah menyenaraikan 8 jenis puasa yg beliau sifat sebagai :"Puasa yg orang Islam lakukan bagi mendekatkan diri kepada Allah" Puasa-puasa sunat (suka rela! ! ! ): "
1. Hari Arafah (9 Zulhijjah kepada mereka yg tidak menunaikan Haji.
2. Hari Asyura', disitu ada hari 9 atau mana-mana hari 9 atau 10 Muharam.
3. 6 hari didalam bulan Syawal.
4. Hari-hari Putih didalam bulan-bulan Arab (islam) iaitu :- hari13,14 dan 15.
5. Berpuasa pada hari Isnin dan Khamis didalam setiap minggu.
6. Berpuasa didalam bulan-bulan haram iaitu :- Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.
7. Berpuasa mana-mana dari 9 hari dari bulan Zulhijjah, dari 1 hingga 9 Zulhijjah.
8. Berpuasa penuh didalam Sya'ban atau dengan banyaknya. " Para Fuqaha' berpendapat jika seseorang itu ingin melakukan puasa sunat, tetapi dia mas! ! ! ih mempunyai baki puasa wajib, hendaklah ia mengqada'kannya. Bahkan jika ia mempunyai kifarat dan nazar, maka hendaklah dia melakukannya puasa itu dahulu.
[11] Kesimpulan : 1. Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Mawdhu' (Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr, Al Qardhawi)
2. Kita dilarang memilih-milih hari atau malam yg tertentu sahaja untuk melakukan ibadat khusus.(Hadis Nabi saw)
3. Tidak ada fadilat KHAS yg ditujukan pada bulan Rejab, yg ada cuma fadilat umum kepada ke empat-empat bulan haram.(Al-Saqr, Al-Qardhawi)
4. Tidak ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al-Qaradhawi).
5. Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yg lain disunatkan melakukan Puasa sunat dan banyakkan bertaubat. ( Imam Al-Sya'rawi)
6. Keadah berpuasa di dalam bulan-bulan haram ialah: - hari yg ke 9,10,11 di dalam bulan Muhaaram (Syeikh Abdul Aziz bin Bazz) - berpuasa hari Khamis, Jumaat, Sabtu (HHanafiah - Al-Zuhaily) - Berpuasa pada bulan Rejab tidak sepenuhnya dan Sya'ban tidak sepenuh bulan (Al-Qardhawi) - berpuasa pada hari Assyura' (10 Muharaam) dan Hari Arafah (9 Zulhijjah).
7. Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali kelebihan sebagai bulan-bulan Haram.(Syed Sabiq)
8. Tidak boleh HANYA berpuasa dibulan Rejab sahaja, dimana 3 bulan-bulan yg Haram yg lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan puasa (MazhabHanbali- Al-Jaziry)
9. Tidak ada dalil yg mengatakan bahawa menziarah kubur didalam bulan Rejab mempunyai kelebihannya.
10. AWASIlah dari terlibat menyebarkan HADIS-HADIS PALSU, kerana ditakuti kita adalah sebahagian dari mereka yg MENDUSTAKAN Rasulullah saw. (Na'uzubillahhu min zalik). Dalam mempertingkat amalan-amalan kita kepada Allah swt, sering kali kita disajikan dengan pelbagai-bagai amalan yg kelihatan banyak fadilatnya. Malah ada juga kedapatan beberapa fadilat-fadilat yg sangat rapuh dalilnya, bahkan ia menjadi pegangan sebahagian umat Islam pada hari ini.
Bagi persoalan-persoalan seperti fadilat Rejab atau bulan-bulan yg lain, kita mesti kembali kepada 'role model' atau contoh kita, iaitu Rasulullah saw sebagaimana firman Allah swt didalam surah Al-Ahzab ayat 21: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Al-Ahzab - 21].
Akhir kata, Selamat menyambut kedatangan bulan-bulan Haram sebagaimana yg telah diajarkan oleh Rasulullah saw...
Lama tak update entry baru.. dalam duk tengok blog-blog orang saya tertarik pada satu entry yang telah di buat oleh ust hazrizal. beliau berkongsi tentang kematian seorang ayah. cukup kuat beliau mengharungi perjalanan hidup. saya pun sama je nasib dengan beliau.. cuma kali ini saya nak kita sama2 baca apa yang ust hasrizal masukkan untuk tatapan pembaca blog beliau. jadi di sini skali lagi saya ingin masukkan entry yang beliau masukkan di blog beliau untuk tatapan kawan-kawan yang masih belum membaca entry beliau. semoga kita sama2 berkongsi untuk kebaikan..
Saat wajah emak tersembam ke ribaan saya dalam tangisan, saya tahu dunia tidak akan lagi seperti semalam.
“Rizal, abah kamu dah tak ada!” tangisan emak pecah dalam kata-kata itu.
Malam itu abah pergi selama-lamanya. Pergi meninggalkan kami dalam kejutan dan kebingungan. Emak jauh daripada bersedia untuk menjadi ibu tunggal kepada lima anak lelakinya yang menjadi yatim tanpa diduga. Rumah kami menjadi kapal. Hanyut di lautan tanpa tepi ketika nakhoda hilang secara tiba-tiba.
Malam itu juga saya memapah semangat turun ke dapur untuk berwudhu’. Wajah saya basah dengan air mata. Hati bagai mahu meledakkan perasaan sedih, kecewa dan putus asa. Tetapi agama mengajar saya memaut harapan kepada yang Maha Esa. Saya membentang sejadah dan solat saya tenggelam dalam tangisan.
Emak membesarkan kami sendirian.
Selama ini, emak menguruskan makan minum kami. Abah menjaga urusan-urusan kehidupan yang lain. Betapa abah bersungguh menjaga persekolahan dan makan minum kami, hingga abah tidak pernah membeli baju sehinggalah emak sendiri yang membeli kerana tidak betah melihat suaminya lusuh berpakaian yang sama setiap masa. Tetapi ketika abah tiada, emaklah ibu emaklah bapa. Kami lima beradik diberinya makan dan minum, dijaga biar pun ada kalanya dengan leteran dan kemarahan, agar kami menjadi manusia.
Emak kahwinkan kami, menyambut menantu yang tidak berbapa mertua. Kenduri kahwin sentiasa pincang terasa, tetapi emak bertahan dan terus menempuh hari demi hari sendirian. Biar pun emak bukanlah seorang yang ekspresif dalam meluahkan isi hatinya, emak mencari kekuatan dalam Tahajjudnya. Amalan yang tidak pernah emak tinggalkan semenjak saya mahu mengingat semalam.
Saya berhutang budi kepada abang-abang saya.
11 tahun di perantauan, tidak banyak yang dapat saya lakukan pada melunaskan tugas sebagai seorang anak selain doa yang tidak pernah berhenti pada setiap hari hidup bernadi. Tetapi abang-abang sayalah yang meneman, menjaga dan melindungi emak dengan sepenuh upaya. Malah selepas kembali ke negara halaman, saya masih bertarung mencari peluang untuk berbakti kepada emak, dan segalanya masih terlalu jauh daripada kesempurnaan.
Setiap hari adalah hari ibu buat saya.
Duhai isteri dan anak-anakku, kasihilah seorang wanita tua yang semakin tua itu. Sesungguhnya diriku tiada di sisi kalian tanpanya.
Duhai setiap insan yang mengenaliku, pada semua kebaikan dalam persahabatan kita, doakanlah untuknya kerana dialah asbab diriku menjadi temanmu.
Segalanya bermula daripada seorang…. IBU.
DUHAI BONDA (Nowseeheart)
Bagai kerdipan lilin yang berkilau, bercahaya Menggantikan mentari terangi malam nan gelita Membakar diri memberikan cahaya Membiar diri musnah terlebur Berkorban segalanya penuh rela
Biar dimamah arus usia Tidak pernah kenal derita Bagai sungai kasih yang mengalir Tiada penghentiannya, tak bertebing
Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita Hidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahan
Tidak sekali mengharapkan dibalasi permata Cukup engkau rasa bahagia Lihat anak-anakmu berjaya Kau penawar hati duka Walau hatimu terluka Engkau ibu engkaulah bapa Pabila ayah tiada
Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasamu Kerana Tuhan saja yang tahu penderitaanmu Wahai bonda
pertamanya tahniah saya ucapkan buat kawan2 yang baru melansungkan perkahwinan. ada yang dah lepas dan ada yanga akan tiba dua tga hari ini, saya doakan moga kalian semua selamat belayar ke alam yang baru. moga kalian semua dapat mengharungi alam rumah tangga dengan penuh tabah dan kesabaran... doakan saya dan kawan-kawan yang masih belum kawin agar dipermudahkan dan dipercepatkan kawin.. hehehe
ok, sile lah layan lagu maher zain ini, saya tujukan khas buat kawan-kawan yang baru kawin, dan yang telah lama kawin...:)
telaga nabi musa a.s yang masih wujud di kawasan semenanjung sinai.
Kubu Sultan Solahuddin Al-Ayubi
Kat belakang itu adalah kubu tentera Solahuddin al-Ayubi yang terletak di Toba, Selatan Sinai. untuk ke kubu ini, kita hendaklah menaiki kapal yang telah disediakan dan tak boleh pergi dengan kereta kerana ia dililingi oleh air laut, hehehe
Terkenang pandangan Allahyarham Subky Latiff
-
*RENUNGAN *
*Ketika mengunjungi AllahyarhamHaji Subky Latiff.*ALLAHYARHAM Haji Subky
Abdul Latiff pernah berkongsi satu pandangan yang masih terlekat
...
Aduka Taruna dah ada akal rupanya
-
Aduka Taruna atau Khairulizam Abdul Ghani, masuk 45 tahun dah nampak ada
akal sekarang. Maklumlah umur dah 45 tahun kan.Saya dengar dia ada buat
video...
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik?
-
Saya agak terkejut apabila berita penjualan keseluruhan saham Proton kepada
pelabur luar diwar-warkan di media pada minggu lalu. Adakah ini sebahagian
s...
menawan puncak kinabalu 1 (politik)
-
(Ulasan terhadap komentar di FB saya) Menawan puncak Kinabalu 1 1) Terima
kasih. Tulisan saya, ‘Rebah di kaki gunung Kinabalu’ mengundang kritikan
yang beg...
Lama Betul Tidak Menulis
-
Sangat lama saya tak menulis di dada blog ni.. Macam-macam perkara yang
membuntuti saya sehingga tidak dapat mengaktifkan blog peribadi.. Harap
lepas ni sa...