Saturday, July 31, 2010

Bercuti dengan kerja Amal...


salam kerinduan buat semua.

alhamdulillah, sepanjang cuti ini, banyak pengalaman baru yang saya perolehi,yang paling best adalah pengalaman bekerja dengan jemaah. saya berada di dun Jelawat, so sempena dengan pertandingan bola sepak piala dunia baru2 ni, saya berkesempatan untuk bersama2 turun di gunong, sebelah rumah YB cikgu Aziz ADUN Jelawat untuk menonton perlawanan bola sepak piala dunia di screen besar yang di buat oleh yb.

ini adalah satu anisatif yang dilalukan oleh YB bagi menarik golongan muda disamping untuk membimbing mereka kearah hidup yang lebih terjamin, bagaimana caranya? caranya adalah dengan mengumumkan yang dun jelawat memasang layar screen besar untuk peminat2 bola sepak piala dunia. so, di kesempatan itulah YB mengambil sedikit masa untuk memberi ucapan kepada golongan remaja dan juga penonton yang hadir menonton perlawanan itu.

di hari akhir piala dunia, YB telah buat satu program yang menarik untuk menarik golongan ini dengan membuat program yang menarik iaitu dikir barat, makan ayam bakar dan menonton final piala dunia. persembahan dikir barat di jemput khas dari besut dengan mengalunkan alunan dikir yang memuji kebesaran Allah dan lirik2 nasihat serta peringatan kepada pendengar-pendengar yang hadir. alhamdulillah, dikir barat zaman sekarang dah berubah, kalau dulu dikir barat dengan lirik yang mencarut2 dan memuja-muja orang tapi sekarang dikir barat dah boleh berzikir,lirik nasihat dan juga dikir yang memuji keangungan Allas swt.

jadi saya rasa cukup untuk kali ini, program ini berjaya dibuat dengan jayanya walaupun ia sekadar dikir, makan ayam bakar dan menonton final piala dunia.tapi YB cikgu Azziz pandai mengambil peluang dalam nak mendidik remaja yang ada pada hari ini.

sehingga berjumpa lagi di lain cerita:) insyaAllah.

No comments:

Post a Comment