Thursday, May 27, 2010

Nasihat Agama Di Aceh

salam..

Alhamdulillah, sekali lagi kita bersua.

kali ini marilah kita sama-sama melihat bagaimana kerajaan di Aceh membendung maslah pemakaian wanita yang seksi dan ketat di Aceh. Kerajaan Aceh telah memperuntukkan sejumlah yang besar kain skirt yang abuh dan onggar untuk diberikan kepada wanita-wanita yang berpakaian ketat dan seksi di Aceh dengan menggunakan kuasa yang ada. Tugas ini dipundakkan kepada pegawai Polis Syariah.

Alhamdulillah, mereka telah menjalankan satu tindakan yang bertetapan dengan syariat Allah suapaya wanita-wanita menutup aurat bukan menutup urat. pihak berkuasa telah menyeru wanita yang perpakaian ketat dan seksi supaya menutup aurat iaitu dengan melonggarkan pakaian supaya dapat melakukan syariat Allah dengan baik.

Rialiti yang berlaku pada zaman sekarang di mana-mana saja kita dapat lihat betapa ramainya wanita-wanita yang berstatus muslim memakai pakaian yang tidak bercirikan pakaian muslimah. Adakah pakaian muslimah itu dengan menutup seluruh anggota tubuh badan? tidak semestinya begitu, umum telah ketahui bahawa pakaian yang disyariatkan oleh Allah swt adalah menutup aurat, bukan menutup urat dan kulit.

Dengan rialiti yang sedang kita hadapi sekarang, saya rasa amat sedih sekali bila melihat adik-adik,kakak-kakak dan wanita-wanita yang berpakaian menjolok mata sehingga membangkitkan nafsu lelaki bila melihat kepada si pemakai yang seksi itu. paling menggerunkan bila si seksi melintas di hadapan sekumpulan lelaki yang tidak dapat menahan nafsu, kemungkinan wanita itu akan diperhatikan hingga hilang dari pandangan, lebih menyedihkan andai si lelaki tadi mengekori si wanita seksi untuk melakukan jenayah rogol,cabul dan seumpanya. maka cantiknya islam menyeru wanita-wanita supaya memakai pakaian yang boleh menutup aurat dan dapat mengelak aib berlaku pada wanita itu sendiri.

Apa istimewanya bila memakai seksi-seksi sehingga menampakkan bentuk dua dada dan seluruh anggota tubuh badan? adakah disana ia boleh memberi kesenangan dan keselesaan kepada si pemakai itu untuk bergerak ke mana saja di tuju? mana lebih penting, syariat Allah diutamakan atau kecergasan dalam bergerak? Allah tidak menganiayai hamba-hambaNya. Allah sayangkan hamba-hambanya, sebab itulah Allah menyeru supaya wanita menutup aurat agar wanita itu selamat dari ganguan lelaki yang bernafsu binatang.

Ayuhlah wahai adik-adik, abang-abang,kakak-kakak, makcik pakcik, ayah dan ibu marilah sama-sama kita tingkatkan kefahaman kita kepada faqih dalam agama dan marilah kita menyeru kepada melakukan syariat Allah ini. Kalau tak tahu maka bertanya, kalau jahil maka belajar, kalau KETAT DAN SEKSI MAKA LONGAR-LONGGARKAN.

sekian..

No comments:

Post a Comment