Wednesday, May 26, 2010

Dimanakah Keadilan PM Ke Atas Hak Rakyat Negara Sendiri?


telaga minyak cakrawala milik kelantan.




KTMB.(keretapi tanah melayu berhad)


Salam,


Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan kepada kita semua untuk sama-sama menilai tentang apa yang sedang berlaku di negara kita.


Perkara yang terbaru di negara kita adalah mengenai tanah KTMB di Singapore telah dijualkan kepada Singapore. Begitu baik hati PM kita dengan Singapore. Apa yang menyedihkan saya selaku rakyat malaysia adalah mengapa begitu pantas PM membuat keputusan dalam menjualkan tanah KTMB kepada kepada Singapore dan PM cukup liat dalam isu tuntutan royalti minyak Kerajaan Negeri Kelantan?


Ibarat anak kera dihutan disusukan ana sendiri dirumah kelaparan. Telaga minyak Cakrawala adalah sah milik Kelantan tapi dinafikan hak royalti kepada Kerajaan Kelantan, tanah KTMB itu adalah hak Malaysia tapi dijualkan kepada Singapore. apa muslihat PM dalam memberi tanah KTMB itu kepada Singapore? adakah PM telah mendapat satu imbuhan yang besar dengan judi di Marina Hill di Singapore?


Apapun sama-sama lah kita fikirkan bagaimana PM telah lakukan kerja yang cukup tidak profesioal berserta kedengkian dan penindasan kepada rakyatnya sendiri.


Nak kena tipu berapa kali baru nak sedar wahai umat melayu? bangun dan buka matalah semua. Itu baru tanah KTMB, belum lagi negara lagi di jual... Bangkitlah sebelum terlewat. Ayuh, kita tukar PM yang ada sekarang dengan PM yang lebih berkualiti.


ini pendirian MB kelantan dalam isu ini

cuba baca tulisan pak MSO tentang perkara isu ini

KOTA BHARU, 26 Mei: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mahu Kerajaan Pusat menyelesaikan isu tuntutan royalti minyak yang dituntut oleh kerajaan negeri sejak tahun lalu secepat mungkin.


Menurutnya, sekiranya Kerajaan Malaysia menyerahkan semula tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Singapura kepada negara jiran itu, kenapa kerajaan tidak melakukan perkara yang sama terhadap kerajaan Kelantan.


Beliau berkata demikian sebentar tadi ketika mengulas isu penyerahan semula tanah milik KTMB di Tanjung Pagar, Singapura kepada kerajaan negara itu.


Tuan Guru berkata, sekiranya Malaysia boleh bertolak ansur dengan negara lain, kenapa tidak boleh berbuat demikian dengan negeri yang berada di dalam negara ini sendiri.


“Jadi saya minta sangatlah jasa baik Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan PerdanaMenteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menyerahkan royalti petroleum kepada kerajaan negeri.


“Kiranya kerajaan boleh menganggap penyerahan KTMB kepada Singapura sesuatu yang wajar serta tidak merugikan, begitu juga penyerahan wang royalti pada Kelantan juga amat wajar serta tidak merugikan,” ujarnya

No comments:

Post a Comment