Tuesday, March 16, 2010

Hati...




hati...
satu ketul darah,
satu perkara yang paling sensitif,
makhluk Allah semuanya mempunyai hati,

manusia dan haiwan...
dua makluk yang mempunyai hati.
tapi dua makhluk ini ada perbezaannya.

haiwan,
hatinya memang tidak sehebat hati manusia.

manusia,
memang mempunyai hati yang cukup baik dan sempurna.
dengan hati inilah Allah swt memberi ketenangan kepada manusia.
dengan hati jugalah manusia boleh melakukan semua perkara.

nabi pernah bersabda:

dalam diri manusia ada seketul darah, sekiranya baik ia, maka baiklah seluruh jasadnya, sekiranya rosak ia,maka rosaklah seluruh jasadnya, darah itu adalah hati.

pentingnya kita dalam menjaga hati.

boleh ditafsirkan kepada dua jenis.

rohani dan jasmani.

dari segi jasmani adalah, jika hati kita yang mempunyai penyakit, atau berpenyakit atau sengaja mencari penyakit hati, maka seluruh jasad kita tidak akan dapat berfungsi dengan baik,

jika kita menjaga hati kita dengan baik, seperti makan makanan yang berkhasiat, tidak hisap dadah,ganja,rokok, dan sebagainya yang merosakkan hati, maka seluruh jasad kita akan baik.

ini adalah tafsirah untuk anggota tubuh badan.

tafsiran bagi rohani pula...

hati mestilah kita jaga, kerana hatilah melambangkan keperibadian seseorang, jika hati sentiasa melakukan dosa dan maksiat, maka kita akan jauh dari petunjuk Allah.
jika hati kita kita jaga dengan baik dan dengan penuh keimanan, maka cahaya ALlah pasti akan bersama dengan kita.

moga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk menjaga hati kita semua agar tidak tergolong dalam golongan yang melakukan kemaksiatan kepada Allah.. dan moga Allah golongkan kita dlm golongan yang mendapat hidayah Allah swt..

No comments:

Post a Comment