Saturday, January 9, 2010

Selamat Menghadapi Imtihan...


Assalamualaikum.

Salam imtihan saya ucapkan buat semua sahabat-sahabat yang akan menduduki imtihan yang bakal menjelma dan yang sedang mengahadapi.



Sebelum saya pergi lebih jauh, ingin saya memberi sedikit penerangan kepada sahabat-sahabat semua kenapa saya memilih gambar air yang tenang untuk diletakkan dalam post ucapan saya kali ini, selalunya kalau bab imtihan sahabat-sahabat blogger memilih gambar suasana menjawab soalan imtihan, ataupun suasana persekitaran study sebelum masuk dewan imtihan.


Tujuan saya memilih gambar air yang tenang adalah supaya sahabat-sahabat yang akan masuk dewan imtihan tenang seperti air yang mengalir itu. jangan mudah mengelabah, jangan panik dan jangan terlalu takut.



Apapun, persediaan perlu ada dalam kita nak menghadapi imtihan, bukan masuk imtihan tanpa persediaan. kalau tidak ada persediaan, macamana kita nak mengahadapinya.


Yang penting kite berusaha, selepas kita berusaha, maka hendaklah kita bertawakkal kepada Allah diatas segala usaha yang telah kita lakukan.



Sekadar ini sahaja buat sahabat-sahabat sekalian. moga kita semua tenang dalam menghadapi imtihan. Yang penting, marilah kita berdoa kepada Allah supaya memberi ketenangan kepada kita untuk menjawab soalan dengan baik, dan juga berdoa moga Allah memberi kejayaan kepada kita dan sahabat-sahabat kita yang sama-sama menghadapi imtihan.





Semoga kejayaan yang kita perolehi menjadi manfaat kepada islam bukan menjadi fitnah dan perosak kepada islam.



Semoga jumpa lagi...



Siirualabarakatillah...